Connect with us

Uncategorized

Didakwa lakukan amang seksual kepada 2 remaja lelaki , PU Azman mengaku tak bersalah

Published

on

Didakwa lakukan amang seksual kepada 2 remaja lelaki , PU Azman mengaku tak bersalah

Azman Shah Alias atau lebih dikenali PU Azman , 41 , hari ini telah hadir ke Mahkamah Seksyen Seremban atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki tahun lalu.

Memakai berwarna biru gelap

Menurut laporan, PU Azman dilihat hadir memakai kurta berwarna biru gelap dengan diiringi pihak berkuasa sambil menutup kedua-dua tangannya dengan kain.

Tiga pertuduhan melibatkan remaja 17 tahun

Merujuk kepada tiga pertuduhan, PU Azman atau biasa dipanggil Cik Man dikatakan telah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja lelaki berusia 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Walau bagaimanapun, pendakwah tersebut mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 3 hingga 5 pagi di ruang tamu dan tandas di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai lalu.

Berdepan dua pertuduhan terhadap remaja 16 tahun

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, tertuduh turut berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah bilik di rumah yang sama lebih kurang pukul 8.30 malam hingga 12 tengah malam, 5 Februari lalu dan di ruang tamu rumah sama antara pukul 3 hingga 6 pagi, 6 Julai lalu.

Tertuduh sangat memberi kerjasama

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Mohamad Zahid Ahmad telah memohon jaminan yang rendah atas alasan pendapatan anak guamnya terjejas sejak direman bulan lalu dan memerlukan bantuan keluarga untuk menjaminnya.

“Tertuduh berusia 41 tahun adalah seorang bujang dan turut menanggung keluarga di Rantau, Seremban,” katanya

“Beliau juga telah hadir hari ini dan menunjukkan kerjasama yang sangat baik.

Serahan dokumen pada 8 Disember

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Disember depan untuk serahan dokumen.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan tertuduh dilarang menghampiri mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tertuduh juga perlu melapor diri di balai polis berhampiran pada Sabtu pertama setiap bulan dan paspot diserahkan kepada mahkamah.

Mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak

PU Azman ketika ditemui selepas membayar duit jaminan pada pukul 2.40 petang tadi mengucapkan terima kasih dan menghargai doa daripada semua pihak.

“Terima kasih kerana sudi menunggu dan Cikman menghargai doa daripada semua pihak. Alhamdulillah hari ini proses pertuduhan diserahkan kepada peguam,” katanya.

Terdahulu, seorang pendakwah selebriti yang juga seorang pelakon dimaklumkan telah dihadapkan ke Mahkamah Klang, Selangor dan direman selama enam hari untuk membantu siasatan berhubung kes amang seksual.

Individu terbabit dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur selepas pihak polis menerima laporan daripada mereka berhubung tindakan pendakwah berkenaan.

Susulan daripada berita itu, nama PU Azman telah ‘dipetik’ netizen memandangkan media sosialnya tiba-tiba sahaja ‘sepi’ dan dia juga telah digantikan dalam salah satu program radio secara tiba-tiba.

Namun, pada minggu lalu, pendakwah berkenaan telah berkongsi gambar bersama ahli keluarga dimana dirinya kelihatan sedikit kurus dan cengkung berbanding sebelum ini.

Sumber: Oh My Media

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

 

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!