Connect with us

isu semasa

(video) “Tabik kat beliau, rezeki halal kerja mulia” Anak Muda Happy Sewaktu Menjalankan Kerja Dapat Reaksi Positif Netizen

Published

on

Tabik kat beliau, rezeki halal kerja mulia” Anak Muda Happy Sewaktu Menjalankan Kerja Dapat Reaksi Positif Netizen

Pekerjaan pengutip sampah sering kali menimbulkan stigma yang tidak elok daripada golongan masyarakat setempat yang beranggapan bahawa pekerjaan pengutip sampah ini kerja yang tiada masa depan dan kotor.

Jarang sekali kita mendengar yang seseorang itu akan gembira dengan kerja yang dilakukannya, bahkan sangat enjoy melakukan kerjanya walaupun kadang kala kerja itu menimbulkan stigma dalam kalangan masyarakat.

Rakaman video itu telah menjadi tular dan banyak pendapat positif yang diterima kerana sebelum ini kerja mengutip sampah itu bukan kerja pilihan tetapi anak muda itu berjaya buktikan bahawa bukan bidang kerja yang dipilih menjadi sebab untuk kita enjoy bekerja tetapi kerana kita suka kerja kita.

Tetapi seorang lelaki membuktikan bahawa kerja mengutip sampah ini adalah sebuah pekerjaan yang seronok dan dia selalu gembira apabila melakukan kerja itu seperti yang dirakam dan dimuatnaik naik di media sosial aplikasi instagram.

Apabila diterjah ke ruangan komen, ramai yang memuji peribadi beliau yang nampak sangat gembira dan ikhlas melakukan pekerjaan tersebut.

Komen Netiz3n:

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!