Connect with us

Motivasi

Beliau Buat Semua Kerana Untuk Cari Rezeki Yang Halal,Pernah Dihi na Serupa Sya itan Dari D@rkW3b

Published

on

Beliau Buat Semua Kerana Untuk Cari Rezeki Yang Halal,Pernah Dihi na Serupa Sya itan Dari D@rkW3b

Kita semua ada rezeki tersendiri,yang penting Halal.Kita juga perlu cuba cari titik rezeki yang belum pernah kita cuba.BELUM CUBA BELUM TAHU.

Bagi wanita ini pula, dia tidak menyangka percubaan secara spontan iaitu melukis wajahnya menyerupai watak beberapa kartun popular mampu membantunya menjana wang menerusi aplikasi TikTok.

Rakaman yang dimuat naik di TikTok itu setakat ini mencecah1.5 juta tontonan di platfom tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, Rusnani Rosli berkata dia mula aktif mengadakan sesi live di TikTok sejak pelaksanaan Perin tah Ka walan Perge rakan Diper ketatkan (PKPD) di Selangor pada awal Jun baru-baru ini.

Gara-gara mahukan kelainan, dia secara tidak sengaja melakar lukisan pada mukanya untuk sesi live tersebut.

“Jujur saya memang tak ada pengalaman melukis, cuma ‘makeup’ basic sahaja. Saya cuba buat semua ni masa start PKPD di Selangor pada awal Jun.”

“Sebenarnya kawan bagi idea suruh buat live di TikTok sebab ada banyak supporter. Waktu live nanti akan ada supporter bagi gift dan ia boleh jana pandapatan.”

“Pada mulanya lukisan dekat muka tu tak dirancang pun, saya cuma buat kelainan sebab tengok live TikTok orang lain tak ada yang melukis di muka. Jadi saya cubalah buat dan ternyata banyak pula permintaan untuk lukisan seterusnya, saya jadi bersemangat pula nak hasilkan pelbagai lukisan lain di muka.

IMG_5524

Antara hasil lukisan yang dibuat oleh suami di wajah Rusnani.

“Saya guna alat solek yang ada di rumah, tapi paling banyak guna ialah watercolour. Dalam banyak-banyak kartun, yang pa ling su sah nak lukis ialah Doremon sebab nak pastikan mata dan mulut dia center tu mengambil masa hampir dua jam untuk siap,” katanya yang berasal dari Kedah dan kini menetap di Selayang Height, Selangor.

Mesra disapa Rusnani, dia berkata kebetulan pula suaminya Mohd Rizaimi Aminuddin, 40, merupakan seorang ‘lighting man’ di syarikat produksi dan berbakat melukis sejak di bang ku sekolah lagi.

Justeru, setiap kartun yang dilihat pada wajah wanita berusia 35 tahun itu adalah hasil lukisan tangan suaminya.

“Suami saya memang minat melukis sejak kecil lagi dan pernah menjadi pelukis mural di sekolahnya. Dulu dia bekerja di belakang tabir sebagai prop man dan art director, sekarang ni jadi lighting man di sebuah syarikat produksi.

“Pada awalnya, dia tanya apa tujuan saya main TikTok ni. Jadi saya terangkanlah ia untuk bisnes kecil saya dan berkongsi pengalaman hidup, serta berikan tip kepada orang yang mahu mulakan perniagaan kecil di platform ini.

Saya hanya nak buat content untuk tambah pendapatan semasa PKP sahaja.-RUSNANI ROSLI

“Suami izinkan dan beri sokongan serta membantu saya sebagai jurusolek untuk sesi live bagi menjana pendapatan. Kami start make up jam 9 malam dan terus live pada pukul 11.30 malam setelah kesemuanya siap.

“Setiap hari saya live dari pukul 11.30 malam sehingga jam 3 pagi dan kadang-kadang sehingga pukul 4 pagi. Suami saya setia menunggu dan tengok saya habis live,” ujarnya.

Siapa sangka, dengan mengadakan sesi live di platfom tersebut ia sedikit sebanyak dapat membantu Rusnani menjana pendapatan yang lumayan dalam keadaan negara sedang dila nda pan demik ini.

Namun kegembiraanya itu hanya sementara apabila akaun TikTok miliknya disekat sehingga dia terpak sa mendaftar akaun baharu.

“Dalam satu malam, saya pernah dapat sebanyak RM300 waktu live hasil pemberian gift daripada sahabat di TikTok. Walaupun masih lagi baru dalam bidang ini, saya dapat jana sebanyak RM2,000 dalam masa sebulan.

grg

Akaun lama TikTok milik Rusnani dise kat sehingga dia terpak sa mendaftar yang baharu.

“Tapi sayang, terlalu ramai yang buat repo rt atas ala san ‘bull ying and harr asment’ sehingga akaun saya dise kat dan tak dapat nak login semula. Mereka hi na kata muka saya seperti an jing, sya itan dan wajah seperti dari laman da rk web sewaktu live.

“Saya hanya terdiam apabila membaca kom en, cuma pernah sekali tu menan gis sebab tak boleh terima. Niat saya hanya nak buat content untuk tambah pendapatan semasa PKP sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, ramai antara pengikutnya memberikan semangat kepadanya, malah ada juga yang bertanya jika dia akan terus mengadakan sesi live atau tidak.

Ia sedikit sebanyak menjadi pemba kar semangat kepada Rusnani untuk meneruskan usahanya mencari rezeki yang halal di samping menjual baju secara dalam talian.

Akhir kata,Walau apa sahaja pekerjaan kita,ia mesti ada persk3ktif yang baik.Kita kena usaha dengan kerja kita dan jangan buat kerja yang tak berapa baik dan tak Halal.InsyaAllah.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa untuk like dan share ya,terima kasih,semoga bermanfaat.

Sumber:star

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!