Connect with us

Uncategorized

Sedihnyaa , Ibu Tunggal Cekal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang Yang Hanya Menanti Roboh

Published

on

Sedihnyaa , Ibu Tunggal Cekal Membesarkan Empat Anak Di Rumah Usang Yang Hanya Menanti Roboh

Keterbatasan NGO dan aktivis kebajikan dalam usaha membantu golongan marhaen tidak dinafikan, membantu sekadar untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka lalui.

Wakil Team Vitaminbae menyampaikan sedikit bantuan keperluan buat keluarga asnaf ini. Melihat keadaan rumah yang mereka tinggal jelas memancarkan seperti apa perjuangan mereka untuk meneruskan hidup sehari-hari.

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul.Membesarkan anak tanpa suami di sisi tidaklah mudah. Dalam satu misi kemanusiaan oleh satu badan persendirian di daerah Sandakan, Sabah beberapa bulan yang lepas, Team Vitaminbae telah dipertemukan dengan satu keluarga asnaf di sebuah pondok usang.

Cukup tabah dalam membesarkan empat orang anak yang masih kecil selepas ditinggalkan suami.Tak sanggup sebenarnya mendengar luahan ibu tunggal itu.

Harapan keluarga dalam mencari nafkah sebagai pencucuk satay dengan gaji 30 ringgit sehari.Dialah anak sulung yang berumur 14 tahun.

Melihat keadaan isi rumah yang serba kurangan tapi itulah saja harta yang ada untuk mereka tinggal demi meneruskan hidup.Rumah pondok yang hanya menunggu untuk roboh.

Saya melihat beliau sekuat hati untuk menahan air mata agar tidak jatuh di hadapan kami dan di hadapan anak-anaknya sewaktu sesi temubual berlangsung.

“..saya pernah juga mencari kerja di bandar, tapi itulah, susah betul dapat kerja..”

“..cukupkah kak 30 ringgit untuk tanggung semua sekali..”

“..Kalau tak cukup saya sendiri ambil upah mencuci kain jiran, adalah dalam 10 ringgit saya dapat..”

Mereka tetap bersyukur walaupun dengan pendapatan hanya sebanyak itu,

Syukur ada anak sulung yang boleh diharapkan untuk membantu mengisi perut mereka sekeluarga sehari-hari.Si ibu tidak putus asa untuk terus memperjuangkan nasib keluarganya Walau diuji dengan kemiskinan.

Kita pula bagaimana? Marilah bersama-sama bantu semampu kita meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik seperti keluarga ini. Semoga ada sinar buat mereka sekeluarga.

Terima kasih semua yang membantu misi kecil kita..

Demikian perkongsian yang dipetik daripada Page Vitaminbae. Allahukhbar! Betapa tabahnya mereka menghadapi ujian seharian.

Sumber:infoslikemedia

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!