Connect with us

Uncategorized

“Kasihnya seorang kakak”Demi Mencari Permainan Untuk Adiknya , Kanak2 Perempuan Sanggup Selongkar Timbunan Sampah

Published

on

“Kasihnya seorang kakak”Demi Mencari Permainan Untuk Adiknya , Kanak2 Perempuan Sanggup Selongkar Timbunan Sampah

Seorang kanak-kanak perempuan dilihat menyelongkar timbunan sampah sambil mengumpulkan mainan-mainan terbuang di dalam sebuah kotak seperti posting terbaru yang dikongsikan di Facebook Vitaminbae.

Si kakak mengumpulkan mainan-mainan yang masih elok ke dalam sebuah kotak terpakai..

Ketika disantuni oleh salah seorang tim yang bertugas, rupa-rupanya kanak-kanak ini mencari mainan yang dibuang untuk diberikan kepada adik-adiknya di rumah.

Sebagai anak yang lebih tua , mereka tahu tanggungjawab untuk melindungi dan menjaga adik-adik terletak pada bahu mereka ketika ketiadaan ibu bapa.Kasih seorang kakak atau abang kepada adik-adik tidak dapat disangkal lagi.

Allahu! Lokasi pencarian jauh dari tempat tinggal, tempat yang dicari penuh dengan segala kek0toran, agak berbau sampai mel0yakan bagi yang tidak biasa.Bukan kotak, bukan tin atau wayar tapi mainan. Mainan yang dicari untuk dibawa pulang buat adik-adiknya di rumah.

Mainan yang berjaya dikumpulkan oleh si kakak

Si kakak dikatakan sanggup berjalan kaki ke lokasi yang jauh daripada tempat tinggal mereka untuk mengumpul mainan agar dapat diberikan buat adik-adiknya yang menunggu kepulangannya di rumah menerusi perkongsian tersebut.

Terfikir sejenak, apakah yang membuatkan hati adik ni menjadi kuat seolah-olah dunianya yang sepatutnya dilalui dengan keseronokan, tetapi memilih untuk didewasakan oleh keadaan

Tidak dapat dipastikan nama dan tempat tinggalnya di mana. Namun, menurut maklumat daripada Vitaminbae, kejadian itu berlaku ketika timnya sedang menjalankan misi mencari asnaf di daerah Sandakan, Sabah.

Kali ini ceritanya agak berbeza.Selalunya asnaf yang saya jumpa di tempat pembuangan sampah mengumpul tin, kotak, wayar atau barang yang boleh dijual semula.

Tim dapat memberi pertolongan dengan pemberian barangan dapur serta sedikit wang ringgit yang akan digunakannya untuk membeli susu.Apapun tiada takdir Tuhan yang sia-sia. Dengan dana misi yang ada.

Sumber:infoslikemedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!