Connect with us

Uncategorized

Kini Mampu Raih Pendapatan Sehingga RM20 Ribu Walaupun Pernah GagaI Dalam SPM

Published

on

Kini Mampu Raih Pendapatan Sehingga RM20 Ribu Walaupun Pernah GagaI Dalam SPM

Berjaya menjadi pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah yang memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 sehingga RM19,000 sebulan.Kisah yang dilalui oleh tiga orang anak muda lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilaah Timur, Muhammad Badiuzaman Ya abu Bakar, Mohd Faizal Ismail dan Muhamad Qamarul Auji Amran.

Sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah! Bukan kami nak katakan yang korang tidak perlu fokus pada pelajaran ya.

Masa mula-mula kerja, gajinya hanya RM1,400. Beberapa tahun kemudian, dia diberi kepercayaan untuk menjadi jurukimpal di laut syarikat swasta dengan pendapatan RM19,000. Badiuzaman berkhidmat di sebuah syarikat milik Amerika Syarikat di Arab Saudi sejak tiga tahun lalu.

Sebelum itu, dia juga pernah merasai pengalaman berkhidmat di China, Hong Kong, Myanmar, Amerika Syarikat dan Dubai.

KegagaIan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghaIang mereka untuk terus membina empayar dalam kerjaya masing-masing dan turut dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pergh, memang hebat. Untung sangat kalau dapat menimba pengalaman di negara orang kan?

Menurut Muhammad Badiuzaman, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM selepas melihat arw4h abangnya, Muhamad Hasbiallah yang mendapat pendapatan tinggi.

TIDAK MEMATAHKAN SEMANGAT MEREKA

Ia lebih membuatkan anak muda ini ingin memajukan diri sendiri,Malah langsung tidak mematahkan semangat mereka.

“Sampai satu tahap, saya rasa ingin memajukan diri sendiri jadi saya pun mula mencari jalan dan melakukan pencarian di internet sehinggalah saya terjumpa maklumat mengenai ABM dan sambung belajar di sana,”kata Qamarul yang mengambil sijil dalam bidang perpaipan dan kini sudah mampu untuk membuka syarikatnya sendiri.

Slain itu,, Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi pernah memperoleh pendapatan lebih RM20 ribu sebulan berkata, bidang kemahiran banyak membuka peluang baru untuk dirinya selepas gagaI meraih keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Dia kini sudah mampu untuk membantu dan memberi kesenangan kepada keluarga, terutamanya buat si ibu yang sudah melahirkannya.

Manakala Qamarul Auji dan Faizal Ismail juga turut menerima nasib yang sama. Disebabkan tidak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, sekaligus tidak layak untuk masuk unversiti, mereka pernah juga diejek rakan sebaya kerana mendapat keputusan yang teruk.

Kalau korang tidak begitu cemerlang dalam pelajaran, pasti ada jalan lain untuk korang.Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain.

Paling penting sekali, rajin dan selalu berusaha perlu ada dalam diri setiap orang.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Sumber SH

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!