Connect with us

#Cerita Sedih

Anak kecil patuh menemani ibu bapanya mencari rezeki Sebuah ‘bilik comel’ tersembunyi bawah gerai bergerak.

Published

on

Anak kecil patuh menemani ibu bapanya mencari rezeki Sebuah ‘bilik comel’ tersembunyi bawah gerai bergerak.

Seperti yang dipaparkan dalam gambar yang tular di Facebook ini, seorang peniaga jalanan terpaksa menyediakan satu ruang penyimpanan di bawah gerai bergerak, dengan meletakkan tilam nipis, kusyen dan selimut di bahagian bawah, sebagai ganti menjadi ‘bilik comel’ buat anak kecilnya.

Alkisah di Taiwan seperti mana juga di Malaysia, ramai yang mengeluh bukan mudah untuk mencari wang demi menyara keluarga, terutamanya buat ibu bapa yang sibuk membuka gerai dengan bekerja sendiri, menjadi peniaga kecil setiap hari.

Anak kecil patuh menemani ibu bapanya mencari rezeki Sebuah ‘bilik comel’ tersembunyi bawah gerai bergerak.Jika yang berpendapatan kecil, mereka tidak mampu membayar pengasuh atau menempatkan anak-anak di pusat jagaan kanak-kanak, jadi ibu bapa ini tiada pilihan melainkan membawa anak-anak bersama semasa bekerja.

Warganet yang memuat naik gambar itu amat terkejut melihat seorang kanak-kanak kecil, dengan baik dan tidak banyak kerenah diam berbaring di dalam kabinet di bawah gerai bergerak, menghisap puting, kadang-kadang terpinga-pinga tidak memahami pekerjaan ibu bapanya yang sedang sibuk.

Muat naik dua gambar telah dikongsikan di laman kumpulan Facebook, yang memaparkan seorang dewasa sedang sibuk berniaga dan melayan pelanggannya di gerai menjual makanan ringan, sementara bahagian bawah amat mengejutkan apabila terlihat seorang kanak-kanak kecil sedang tidur dibawahnya.

“Pemandangan indah, erti kerja keras..”

Dalam dunia kecil yang eksklusif untuk kanak-kanak ini, ibu bapanya sangat bertimbang rasa ketika meletakkan tilam nipis dan empuk bersama selimut di bawah kabinet keras, dan juga menambah kusyen dengan corak bintang kecil di sisi untuk mengelakkan kanak-kanak itu daripada terhantuk papan yang keras ketika bergerak tanpa sedar semasa sedang tidur. Kapsyen gambar itu, “Bersama ibu bapanya, ini adalah rumah..”

Terlihat dia duduk dengan senyap dan bermain sendiri, tidak menangis atau meragam, diam memerhati dan menemani ibu bapanya berniaga di gerai jalanan. Amat senang menjaganya kerana dia anak yang baik.

Kanak-kanak itu dikatakan berusia 3 tahun, dilihat sedang berbaring di dalam bilik kecil bawah gerai yang comel, dan selepas gambar ini didedahkan, ia telah mendapat perhatian ramai warganet di Taiwan.

Gambar itu telah menarik perhatian warganet di Taiwan dengan komen mereka:

“Ramai peniaga jalanan yang menjaga anak-anak mereka seperti ini. Saya fikir sekurang-kurangnya ibu bapa ini bertanggungjawab, dan kebanyakan kanak-kanak juga dapat bermain dengan selamat di bawah perhatian ibu bapa, tiada kanak-kanak yang menderita dan boleh merasai serta memahami kerja keras ibu bapa, yang mana satu perkara yang baik.”

Ramai warganet yang memberi komen pernah merasai pengalaman membesar dengan cara didikan ibu bapa yang sama:

“Semasa kecil, ibu bapa saya berniaga di pasar, dan saya menjadikan tapak gerai sebagai tempat bermain, keluarkan kotak kadbod dan permainan lalu berseronoklah! Hidup sederhana yang biasa-biasa itu adalah kebahagiaan.”

“Apabila melihat gambar ini, saya teringat keluarga saya pernah berniaga, dan saya juga tidur di bawah gerai jalanan..”

Apakan daya, ibu bapa kita tidak mampu mengupah pengasuh. Sekurang-kurangnya kita tahu dan sentiasa ingat di dalam hati sehingga dewasa yang mereka amat bertanggungjawab untuk menjaga kita dengan baik.

Sumber: Mimbar Raudhah

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!