Connect with us

Uncategorized

Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada..

Published

on

Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada..

Berdasarkan foto yang dimuat naik, kelihatan Saliza berdiri di ruang kedainya, dipercayai di Felda Jaya di Jempol, Negeri Sembilan yang sunyi tanpa pelanggan.

Menerusi grup Facebook Edit Apa Hari Ni (EAHN), peniaga dengan nama Saliza Ita itu meminta jasa baik ahlinya supaya menyunting foto dia sedang berdiri di kedainya.

“Boleh tak editkan gambar kedai saya ni biar jadi macam ramai customer.

Hasrat hati seorang peniaga sebuah kedai makan meruntun jiwa pelayar Facebook.Permintaan untuk melihat kedainya dipenuhi pelanggan ditunaikan warga maya.

Malah, permintaan ini bukanlah satu hajat kosong apabila wanita kelihatan agak berusia usia itu meluahkan mengenai nasib dan hasil jualannya yang tidak seberapa.

Jelasnya dia tidak mampu untuk melakukan sebarang pekerjaan lain demi mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Teringin nak ramai customer macam kedai-kedai makan lain yang viral tu walaupun hanya dalam angan-angan.

“Mudah-mudahan dengan angan-angan ia menjadi kenyataan,” tulisnya pada hantaran tular itu.

Apa yang menarik, permintaan Saliza itu segera ditunaikan ahli Facebook EAHN.

NETIZEN

“Saya saksi kakak ni dan suami dia memang masak sedap dan tak berkira.

Malah tak kurang juga yang bertanya tentang lokasi kedai selain mendoakan agar Saliza dimurahkan rezeki dengan kehadiran pelanggan selepas ini.

“MasyaAllah rakyat Malaysia yang baik, semua bagi semangat positif dekat akak ni semoga akak ni dimurahkan rezeki.

“Kakak ni baru je buka gerai kat food court tu. Rasanya tak sampai setahun lagi dia buka kat sana.

Untuk rekod, hantaran tersebut telah menerima lebih 17,000 tanda suka dan dikongsikan semula lebih 1,600 oleh pelayar di Facebook.

“Pernah saja hari tu berniaga dari pagi sampai petang, RM47 sahaja yang dapat.

“Tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami,” katanya lagi.

“Hampir putus asa tapi tetap teruskan kerana ini sahajalah kemahiran yang ada untuk teruskan hidup.

Komen netizen

“Pertama kali buka komen cari gambar tiada. Hanya doa, tip dan banyak nak tolong. Tiba-tiba bangga dengan rakyat Malaysia.

“Ada waktu bergurau, ada waktu kecam, ada waktu serius.

“Yang ni saya tak boleh edit, saya doakan kakak dimurahkan rezeki insyaAllah amin,” komen netizen lagi.

Selain itu warganet turut menyatakan rasa kagum mereka kerana tidak ramai yang menjadikan permintaan wanita ini sebagai bahan jenaka tetapi mendoakan kebaikan kepadanya.

Sumber:mStar

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!