Connect with us

Uncategorized

Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak, Sanggup Kayuh Basikal Hantar & Ambil Anak Sekolah

Published

on

Pengorbanan Ayah Ini Buat Netizen Sebak, Sanggup Kayuh Basikal Hantar & Ambil Anak Sekolah

Kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ayah sanggup mengayuh basikal untuk menghantar dan mengambil anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian Cik Puan Gojes di laman Facebook, dia terserempak dengan lelaki tersebut yang membonceng anaknya yang baru pulang daripada sekolah.

“Ingatkan rumah mereka dekat dengan sekolah tetapi kami terserempak lagi dekat simpang lampu isyarat yang agak jauh.

“Besarnya, pengorbanan seorang ayah, sebak tengok pakcik ini ambil anak dari sekolah naik basikal sahaja, kaki si anak tiada tempat nak diletak jadi memang akan lenguh tergantung macam itu dan nak kena galas beg sekolah berat lagi.”

Difahamkan lokasi kejadian di Mergong, Alor Setar, Kedah.

Pengorbanan seorang ayah sememangnya tiada tandingan. Walaupun kelihatan diam dan bersahaja, namun dia sangatlah mahukan yang terbaik untuk keluarga tercinta malah tidak sanggup melihat anak-anaknya berada dalam keadaan susah.

Selepas kami terserempak kami pergi sekolah ambil anak sulung, pakaian pakcik tu pula seperti baru balik dari kerja,” tulisnya di dalam video berdurasi 50 saat itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut mendoakan agar lelaki tersebut dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan.

Bukan itu sahaja, rata-rata warga netizen sebak melihat perkara tersebut, manakan tidak, sudah lah penat berkeja namun lelaki ini tidak melupakan tanggungjawabnya bahkan mengutamakan keselamatan anaknya.

Komen Netizen:

Sumber:My Team Network

Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!