Uncategorized
Bapa Diselaputi Jelaga Arang Batu Tidak Mengecewakan Anak Lelakinya Sebagai Penyokong Bola Keranjang Bersama Sebaik Syif Kerja Berakhir

Bapa Diselaputi Jelaga Arang Batu Tidak Mengecewakan Anak Lelakinya Sebagai Penyokong Bola Keranjang Bersama Sebaik Syif Kerja Berakhir
Seorang bapa berdedikasi yang bekerja sebagai pelombong arang batu di Kentucky dilihat berada dalam kalangan penyokong permainan bola keranjang bersama anak lelakinya, masih memakai pakaian kerja yang berjelaga. Gambar menyentuh hati yang kini menjadi tular.
Pada 22 Oktober, Micheal Joe McGuire menghadiri permainan bola keranjang lelaki tahunan Blue-White Universiti Kentucky di Arena Wayarles Appalachian bersama isterinya, Mollie dan anak lelaki mereka.
Permainan itu merupakan satu acara mengutip dana yang diadakan untuk mangsa yang telah terjejas banjir di timur Kentucky.
Salah seorang penonton, Sue Kinneer, terserempak dengan Micheal, lelaki comot berjelaga tetapi amat mulia hatinya yang duduk di bangku penonton dengan pakaian kerjanya, lantas merakam satu gambar dan berkongsinya di Facebook.
“Saya tidak tahu siapa lelaki ini tetapi saya akan mengundi untuknya sebagai ‘bapa terbaik tahun ini’,” tulisnya. “Dia jelas baru selesai dari bekerja dan membawa anak lelakinya terus ke permainan Blue-White!”
Mollie dalam hantarannya, “Kami sama seperti keluarga lain di Eastern KY, ini adalah petang dan malam biasa buat kami bila mana kami telah mempunyai rancangan tetapi dia terpaksa bekerja lewat.”
Suaminya bekerja di Excel Mining sehingga jam 5 petang dan permainan bermula pada jam 6 petang, kata Mollie. Tetapi Micheal, yang sering kehilangan acara itu kerana kerja, menelefon terlebih dahulu untuk memberitahu isteri dan anaknya yang dia tidak akan mengecewakan mereka dan akan bertemu di gelanggang itu.“Suami saya memilih pekerjaan ini untuk menyara keluarga kami supaya saya boleh berada di rumah untuk membesarkan anak-anak kami yang hebat. Jadi, jika ada sebarang peluang, dia akan kata dia boleh berada di sana, tidak kira betapa penat atau kotornya dia,” kata Mollie.
Keluarga McGuires rupa-rupanya sudah biasa bergelut antara pekerjaan Micheal dan masa bersama keluarga. Tiga hari selepas permainan, Mollie menggunakan laman Facebooknya sendiri untuk menjawab perhatian media.
Gambar itu kemudiannya dikongsi oleh jurulatih bola keranjang Universiti Kentucky John Calipari. Sempena meraikan etika kerja dan nilai kekeluargaan Micheal, dia menulis: “Impian keluarga saya di Amerika bermula di lombong arang batu Clarksburg, WV, jadi gambar ini sungguh tepat mewakilinya… Saya mempunyai tiket untuk dia dan keluarganya di Rupp untuk dilayan sebagai VIP!”
Tidak pernah terlintas di fikiran Mollie mahupun Micheal bahawa ketika sedang menghadiri permainan itu dalam pakaian seragam akan menarik perhatian ramai.
Mereka sekeluarga berterima kasih atas rasa kasih sayang, perhatian dan sokongan untuk Micheal, juga buat seluruh pelombong arang batu di mana sahaja mereka berada. Pasti akan terdapat ‘pelbagai memori’ bermakna semasa kunjungan VIP mereka di Rupp Arena kelak, kata Mollie McGuire.
Sumber:Mimbar Raudhah
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis