#K.SEDIH
Gadis Ini Tidak Sengaja ‘Bank In’ Ke Dalam Akaun Individu Tidak Dikenali , Niat Hantar Gaji Pertama Untuk Ibu Tersayang

Gadis Ini Tidak Sengaja ‘Bank In’ Ke Dalam Akaun Individu Tidak Dikenali , Niat Hantar Gaji Pertama Untuk Ibu Tersayang
Fahada berkongsi bagaimana dia secara tidak sengaja telah memindahkan wang daripada gaji pertamanya kepada seorang individu yang tidak dikenali.Dalam muat naik video TikTok yang telah menjadi tular dengan lebih 3.1 juta tontonan.
Pemindahan wang dalam talian sememangnya amat berguna dan memudahkan urusan kerana anda boleh menghantar wang kepada sesiapa sahaja dengan hanya menekan nombor akaun di hujung jari.
Sangat mudah untuk melakukan kesilapan dan itulah yang berlaku kepada seorang gadis bernama Fahada Bistari.Memandangkan akaun bank adalah gabungan nombor.
Dia tidak memeriksa semula dengan teliti nama pada akaun itu dan terus sahaja melakukan pemindahan disebabkan dia sangat teruja untuk memberikan wang gaji pertama kepada ibunya.
Bercerita lanjut tentang bagaimana perkara itu boleh berlaku, Fahada berkata sebelum ini dia pernah membantu ibunya membuat pembayaran ke nombor akaun itu.
“Hari ini saya dapat gaji pertama. Jumlahnya taklah banyak sebab saya baru bekerja beberapa hari. Saya telah masukkan wang kepada ibu saya tetapi dipendekkan cerita, saya secara tidak sengaja telah masukkan wang kepada ke akaun orang lain,” luahnya dengan nada sedih.
Fahada yang seronok pada mulanya, kemudian telah menghantar resit pemindahan wang itu kepada ibunya dan dia terkejut apabila mendapati telah memindahkan wang kepada orang lain yang tidak dikenali.
“Ibu saya memberikan saya nombor telefon orang itu dan saya menghubungi, menghantar mesej dan WhatsApp kepadanya. Saya hendak minta balik duit itu tetapi dia macam lambat baca mesej dan telefon tak angkat,” katanya.
“Akhirnya, orang itu menghantar mesej dengan meminta saya menganggapnya sebagai sedekah sahaja wang itu buat pahala,” kata Fahada.
“Rasa risau juga pada mulanya kalau duit itu tidak dapat balik, tapi ini kecuaian saya sendiri dan saya tidak boleh menyalahkan dia dengan sepenuhnya,” kata Fahada kepada mStar.
Selepas mendengarnya, Fahada berkata sambil menangis teresak-esak, “Bukan saya tidak mahu sedekah tetapi gaji saya tak banyak dan saya dah niat untuk memberikannya kepada ibu saya.”
Namun begitu, selepas video TikTok itu menjadi tular dengan ramai yang berasa simpati dengan nasibnya, pemilik akaun berkenaan yang juga seorang pemuda telah memulangkan semula wang itu kembali kepada Fahada pada keesokan harinya.
Pemuda itu sempat menghantar mesej “jangan sedih-sedih ya..” selepas memulangkan semula kesemua wang itu ke dalam akaun Fahada. Lagipun tak baik dan tak berkat simpan duit orang lain yang bukan kita punya kan.Kata Fahada
Dan wang gaji pertama itu telah pun selamat di ‘bank in’ ke dalam akaun sebenar dan dikongsikan bersama ibu Fahada. Syukur masalah Fahada telah selesai dan lain kali kita sentiasa berhati-hatilah ya..
Fahada juga menjelaskan salah faham dan kekeliruan orang ramai supaya tidak menyalahkan individu tersebut kerana katanya mungkin sebab dia sibuk maka mesej dan panggilannya tidak dijawab, dan mesej mengatakan meminta wang itu sebagai sedekah hanyalah sebagai gurauan daripada pemuda itu.
Pada penghujung video, Fahada berkata ini adalah satu pengajaran yang perlu dipelajari supaya dia tidak lagi membuat kesilapan di masa hadapan.
Sumber: erabaru.com.
Jangan lupa untuk ikuti kami di page Sumber Maklumat Media agar tidak ketinggalan maklumat yang terkini.
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis