Connect with us

Uncategorized

Ibu terkejut nak rebah menyedari anak tertelan emas dalam perut – “pakaikan emas sebab dengar boleh elak kerap sakit”

Published

on

Ibu terkejut nak rebah menyedari anak tertelan emas dalam perut – “pakaikan emas sebab dengar boleh elak kerap sakit”

Bismillahirrahmanirrahim. Mummy simpan sini sebagai pengajaran untuk mummy & mummy lain kat luar sana.

Kisahnya, si ibu ini pernah dengar dan percaya kata-kata orang yang mengatakan memakai emas boleh elakkan dari serap sakit. Oleh itu wanita ini pun memakaikan gelang emas pada anaknya yang merupakan anak istimewa.

Seorang wanita bergelar ibu yang dikenali sebagai Amiza Rahmat berkongsikan satu kisah yang boleh membuka mata dan dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang lain.

Ini salah satu ikhtiar mummy, sebab mummy pernah terbaca yang pakaikan emas boleh elak dari kerap sakit.

Harini before mummy pergi work, adik okay & banyak bebel. Mummy hantar adik pergi rumah neni mcm biasa. Jam lebih kurang 9.10 pagi, neni call mummy.

Mummy bagi pakai kat tangan kiri sebab tangan kiri adik tak bergerak & selalu genggam je.Semua tau yang Humaira Farisha is a special baby.

Mummy dengar suara adik nangis masa neni call. Allahu masa tu hati mummy macam nak gugur.Suara neni cemas & panik sambil bagitau yang adik dah tertelan emas.

Sampai rumah neni bagitau adik dah muntah yang bulat tu tapi handbag tak jumpa.Mummy terus tinggalkan discussion dengan HR & supervisor untuk balik tengok adik.

So, mummy buat keputusan untuk bawa adik ke klinik untuk X-ray & mintak neni sambung cari dekat rumah.

Sampai dekat klinik, kita daftar & jumpa doktor dulu. Doktor bagi surat untuk buat X-ray. Masa tunggu result X-ray mummy sentiasa doa semoga adik tak telan charms tu.

Mummy peluk adik erat-erat sambil air mata mummy mengalir. Allah je tau masa tu hati mummy macam mana.

Apakan daya masa result X-ray keluar mummy terkejut rasa nak rebah tengok charms handbag tu dah dalam perut adik.

Lepas tengok result doktor klinik refer adik ke Hospital Selayang untuk jumpa pakar.

Dalam perjalanan mummy pegang adik kuat-kuat sambil hati ni memberontak salahkan diri sendiri.

Alhamdulillah doktor kata charms tu dah masuk dalam perut bukan saluran penafasan.Sampai hospital doktor masukkan adik kat bahagian Kecemasan zon kuning.

Nampak macam takda pape tapi sangat bahaya kalau charms tu masuk dekat saluran pernafasan. So, ni pengajaran & situasi yang mummy takkan lupakan.

Adik pon nampak ok je & doktor kata adik boleh discharge dengan bekalan ubat untuk keluarkan charms tu. Buat masa 4-5 hari mummy kena pantau adik.

Semoga tak jadi lagi. Humaira Farisha kuat!

Diharapkan semoga kisah ini boleh menjadi pengajaran yang bermanfaat buat kita semua.

Sumber: saja gempak.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!