Connect with us

Uncategorized

Jadi pelanggan pertama di sebuah gerai nasi lemak , terkejut masa tu hampir masuk tengahari

Published

on

Jadi pelanggan pertama di sebuah gerai nasi lemak , terkejut masa tu hampir masuk tengahari

“Saya orang baharu dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang ni. Biasanya kalau saya pergi kerja akan bawa bekal makanan dari rumah. Tak pernah beli dekat luar.

“Tapi ketika hari kejadian tu saya terbangun lewat dan tak sempat nak buat bekal. Jadi saya fikir nak cari makanan dekat kedai depan rumah saya ni saja.

“Bila saya pergi tengok, sarapan semua dah habis, lagipun dah pukul 10 waktu tu. Tiba-tiba nampak satu kedai makcik ni semua makanan dia full lagi,” katanya.

“Terkejut betul saya, dah pukul 10 takkan saya baru orang pertama beli. Dia terus buka setiap bekas makanan dan nampak ada banyak lauk yang tak bersentuh lagi macam nasi goreng dan nasi lemak,” katanya.

Begitulah apa yang diceritakan pemuda ini melalui satu video tular di laman TikTok tentang bagaimana hatinya tergerak untuk membeli di sebuah gerai yang didakwa telah dis!hir.

Menurut Raja Mohd Faizol, 28, ketika itu dia sedang menunggang motosikal bergegas ke pejabat kerana telah lewat tetapi sempat melihat sebuah gerai menjual sarapan pagi tanpa pelanggan.

Dia yang mesra disapa Faizol berkata, apabila melihat jam sudah menunjukkan hampir tengah hari tetapi hidangan sarapan pagi di atas meja gerai itu masih banyak dia mula berasa janggal

Adakalanya ketika seseorang itu diselubungi kesulitan, hati orang di sekeliling mereka bagai dijentik oleh Allah untuk datang membantu.

“Saya pergi tengok dan makcik tu dia jual nasi lemak. Saya tanya makanan ada lagi ke, dia cakap saya orang pertama yang datang beli kedai dia hari tu.

“Saya mula-mula dah terlajak ke depan terus patah balik bila nampak kedai tu ada makcik ni duduk seorang. Makanan pun banyak lagi.

Apa yang menarik perhatian Faizol apabila peniaga wanita berusia 50-an itu bertanyakan bagaimana dia boleh melihat kedainya.

“Saya macam pelik, saya kata nampak je kedai makcik dari jauh. Dia kata biasa orang tak nampak kedai dia, lepas itu dia buka cerita.

“Dia cakap makanan jualan dia biasa memang tak habis dan akan derma dekat masjid. Saya rasa kesian dekat dia, kalau jadi macam itu sebagai peniaga mesti tak untung,” ujarnya.

Walaupun gerai wanita itu kelihatan malap tetapi dia sangat bermurah hati dalam berniaga.

Sambil berbual kosong bersama wanita berkenaan, minda Faizol ligat berfikir cara yang terbaik untuk membantu perniagaan wanita itu dan dia tahu dirinya tidak mampu melakukannya secara berseorangan.

“Waktu saya first datang tu pun dia tengah baca Al-Quran.Saya rasa Allah yang hantar saya untuk bantu makcik ni sebab saya boleh tergerak untuk beli dekat kedai dia. Mungkin amalan makcik tu yang menjadi asbab.

“Bantuan dari segi duit tu kalau saya seorang memang tak mampu la. Gerai dia dah disihir sampai orang tak nampak.

“Dia kata dia berniaga sebelum ni okay je dari awal pagi. Tapi lepas dah kena buatan orang, dia beritahu makanannya dah tak berapa laku.

Ketika wanita itu sedang membungkus juadah yang dipilih Faizol, dia sempat menceritakan hasratnya untuk mengumpul wang melalui perniagannya bagi menunaikan ibadah haji.

Faizol berkata dia menggunakan platform TikTok untuk tujuan peribadi dan percaya kini ia boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan.

“Kemudian saya terdetik yang sekarang ni zaman viral. Kalau kita beritahu orang lain tentang perniagaan makcik ni mesti boleh meletup. Jadi saya beritahu makcik tu saya nak buat video,” katanya.

“Saya pun terus buat video rakam kedai makcik tu dan ceritakan kisah dia. Kemudian saya terus upload dekat akaun TikTok saya.

“Kalau ada rezeki InsyaAllah kedai makcik ni nanti orang akan datang meramaikan,” katanya lagi

Peniaga ini berterima kasih tidak terhingga kepada Faizol kerana memperkenalkan kedainya kepada orang ramai.

Keajaiban ternyata berlaku kepada Faizol dan wanita berkenaan apabila keesokan harinya orang ramai dari serata Lembah Klang berpusu-pusu menyerbu gerai tersebut.

Berkat usaha Faizol dan kuasa ‘viral’, gerai wanita ini licin jualannya pada keesokan hari.

“Sihir pun kalah dengan penangan kuasa viral. Orang dari Kuala Lumpur semua datang beli semata-mata nak support kedai makcik ni.

“Esok pagi saya pergi kedai makcik tu pukul 8 dah habis licin makanan yang dia jual. Memang cepat betul orang kita buat kerja.

Faizol berkata wanita itu juga sangat pemurah dari segi kuantiti makanannya dan tidak lokek untuk memberikan kuih tambahan secara percuma.

“Saya cakap dekat makcik tu ini memang rezeki dia, dengan kuasa Allah. Tak sangka jadi terkenal dah kedai makcik tu. Terus berubah sepenuhnya,” kata Faizol.

“Saya doakan perniagaan makcik ini dipermudahkan dan terus maju jaya,” katanya mengakhiri bicara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!