Connect with us

Uncategorized

Gadis cina yang terkenal fasih berbahasa Melayu Dan bahasa Kelantan, Mek Yun UTHM raih 2 anugerah

Published

on

Gadis cina yang terkenal fasih berbahasa Melayu Dan bahasa Kelantan, Mek Yun UTHM raih 2 anugerah

Hari ini, selain dikenali ramai dalam kalangan pengguna TikTok kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dan dialek Kelantan, gadis cantik berusia 25 tahun ini telah berjaya mengumpul hampir 500,000 pengikut dan meraih kira-kira 7 juta tanda suka di TikTok.

Wee Yun Nee atau mesra disapa Mek Yun merupakan seorang kakitangan yang kini bertugas sebagai Eksekutif Growth & Culture di syarikat penerbangan AirAsia telah menerima Anugerah Naib Canselor dan Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik bagi Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik.

Manakala di Instagram pula, Mek Yun memiliki 187,000 pengikut dan menurut Mek Yun, dia berkongsi koleksi video pendek di TikTok dan Instagram bertujuan memotivasikan golongan belia terutama pelajar.

Pada Istiadat Konvokesyen ke-21 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), baru-baru ini, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, UTHM, Wee Yun Nee telah meraih dua anugerah.

“Kerana itu, saya kongsi sedikit motivasi dan kata-kata semangat buat mereka melalui laman sosial tersebut,” katanya yang kerap memuat naik video mengandungi mesej bermanfaat di TikTok dan Instagram.

“Saya mahu pelajar bijak membahagi masa sekiranya mereka ingin berjaya dalam pelajaran.

Sepanjang bergelar pelajar di UTHM, Mek Yun berusaha menyusun masa dengan sebaiknya agar pengajiannya berjalan lancar.

“Saya tidak mahu abaikan tanggungjawab sebagai pelajar walaupun pada ketika itu saya aktif sebagai Digital Content Creator,” katanya yang pernah mendapat keputusan 4 Flat dan menerima beberapa anugerah emas dan perak ketika menyertai pertandingan bertemakan penyelidikan dan inovasi.

Akhir sekali, Mek Yun menitipkan sedikit pesanan kepada bakal graduan agar tidak belajar di saat akhir bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam semua subjek.

Istiadat Konvokesyen ke-21 UTHM yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk pada kali ini menyaksikan seramai 4,485 graduan pelbagai peringkat pengajian menerima sijil masing-masing.

“Rancang dahulu jadual harian supaya kita lebih bersedia dan jika tidak faham tentang sesuatu topik, teruslah bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan,” jelasnya.

Sumber SembangDunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!