Uncategorized
Jiran cina belanja KFC buat jiran melayu sebab tak dapat jemput sambutan ‘Birthday’

Jiran cina belanja KFC buat jiran melayu sebab tak dapat jemput sambutan ‘Birthday’
“Ada jiran yang baik pun, rezeki juga kan?”
Begitulah kata-kata yang terungkap apabila baru-baru ini seorang wanita menceritakan bahawa keluarga jirannya yang berbangsa Cina telah melakukan sesuatu perkara yang membuatkannya terharu.
Jiran berbangsa Cina tersebut tidak dapat jemput rakannya yang berbangsa Melayu oleh kerana hidangan tidak halal yang disajikan pada sambutan hari lahir di rumahnya.
jiran tersebut dikatakan telah membelikan set hidangan daripada KFC untuk dijamu olehnya gara-gara tidak dapat menjemput mereka bertandang ke rumah bagi meraikan sambutan hari lahir.
Akui terkejut dan terharu dengan tindakan jiran berbangsa Cina itu, seorang pengguna TikTok (Eikin Hanipah) telah memuat naik video pendek menerusi akaun miliknya dan kini berjaya meraih lebih 2.2 juta tontonan.
Perkara tersebut berlaku kerana dia mengambil kira tentang hidangan tidak halal yang bakal disajikan di rumahnya pada sambutan itu.
Oleh kerana terlampau terharu dengan perbuatan jirannya itu, Eikin juga menulis di ruangan kapsyen video bahawa dia akan ‘belanja’ mihun goreng kesukaan isteri jirannya itu.
Perkongsian ini tidak terlepas untuk mendapat pujian daripada orang ramai menerusi media sosial. Menjengah di ruangan komen, kami mendapati video berkenaan dibanjiri dengan kata-kata positif!
Jiran Yang Baik, Apa Ertinya?
Ini barulah Keluarga Malaysia!
Untuk pengetahuan umum Jiran yang baik akan cuba bersikap mesra, sedia dan mudah didekati untuk mengelakkan perselisihan faham atau membantu menghalang sesuatu isu daripada bertukar menjadi konflik yang serius.
Jiran yang baik juga selalunya mempunyai prinsip moral tinggi dan menghormati orang lain yang tinggal dalam kalangan masyarakat.
Walau bagaimanapun, kadangkala keadaan boleh menjadi kacau bilau dan menjadi ‘panas’ gara-gara pandangan yang berbeza, salah tafsir tentang sesuatu yang dikatakan atau hanya kerana anda mengalami hari yang tidak baik.
Sesungguhnya, jiran yang benar-benar hebat adalah sukar untuk dicari kerana semua kejiranan mempunyai keperibadian mereka tersendiri.
Oleh itu, kita disarankan untuk saling menghormati di antara satu sama lain tidak kiralah bangsa apa sekalipun. Masing-masing hidup berjiran, tolak-ansur itu adalah PENTING.
sumber:My Team Network
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis