Connect with us

Uncategorized

Seawal usia 2 tahun pegang Iqra’, ibu dedah rahsia ajar anak pandai mengaji

Published

on

Seawal usia 2 tahun pegang Iqra’, ibu dedah rahsia ajar anak pandai mengaji

Ini perk0ngsian Puan Nooraishah Abdul Wahab berkenaan bagaimana dia mendidik anak pertama mereka belajar mengaji di rumah.

Pasangan ibu bapa muda, Nooraishah dan suaminya, Encik Hafiz Zulkarnain Muhammad telah dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Hafiz Zulfiqar.

Namun menjadi kebiasaan bagi seorang kanak-kanak, ada kalanya Hafiz Zulfiqar akan merag4m juga lebih-lebih lagi jika dia tidak mendapat sesuatu yang dimahukannya.

Menurut Puan Nooraishah, anak sulungnya ini merupakan seorang kanak-kanak yang agak sensit1f, manja dan cermat, tetapi agak aktif dan suka bercakap.

Untuk ajar anak mengaji al Quran mungkin agak sedikit ‘tricky’, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak pertama dalam keluarga. Namun, jika tahu langkah dan kaedah yang tepat, ia boleh dilakukan tanpa sebarang masalah yang besar.

Selain itu, anaknya ini juga agak senang untuk dijaga sejak daripada kecil kerana anaknya bukan jenis yang kuat meragam.

Seawal Usia Tahun Sudah Pegang IQRA’

Menariknya, ada kala Hafiz Zulfiqar akan meminta sendiri untuk belajar mengaji dan kadang-kadang perlu juga disuruh mengaji, tetapi tidaklah sampai tahap memaksa dan masih boleh dipujuk.

Nooraishah telah membiasakan anaknya itu dengan buku-buku mengaji sejak umur anaknya 2 tahun.

Menurut ibu ini, sebagai permulaan dia memperkenalkan buku Iqra’ sebagai buku pertama kepada Hafiz Zulfiqar.

Apabila anaknya itu sudah berusia 4 tahun, barulah dia mendidik anak belajar mengaji dengan lebih serius.

Perkara ini bertitik-tolak selepas menyedari anaknya itu seorang yang mudah untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.

Tambahan pula, Nooraishah dan suami telah merancang untuk mula menghantar anaknya ke tadika semasa usia 5 tahun.

Jadi, adalah lebih baik jika anaknya itu tahu asas mengaji al Quran bermula daripada rumah.

Semakin Minat Belajar

“Saya akan pastikan anak mengaji sebelum suami balik kerja untuk mengelakkan dia hilang fokus ketika mengaji. Ini kerana dia terlalu obses dengan babahnya sendiri dan banyak menghabiskan masa dengan babahnya,” katanya mengakhiri perbualan.

Satu perkara yang Nooraishah sedar apabila mengajar mengaji ialah anaknya itu semakin suka untuk belajar.

Bagi Nooraishah, mengajar anaknya untuk belajar mengaji bukanlah satu perkara yang sukar kerana dia sendiri merupakan seorang suri rumah yang menjalankan bisnes secara dalam talian sahaja.

Selain itu, dia melihat anaknya semakin mudah menghafal dan menjadi kanak-kanak yang lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkara.

Dia mempunyai lebih banyak masa dan ruang untuk mengajar anaknya mengaji al Quran.

Namun, dia akan pastikan bahawa Hafiz Zulfiqar mengaji sebelum suaminya pulang ke rumah daripada kerja.

Hafiz Zulfiqar juga semakin cepat dan mudah mengenal huruf. Jika anaknya terjumpa huruf jawi di mana-mana, dia akan menyebutnya satu persatu.

1. Tetapkan had masa mengaji.

Bagi kanak-kanak yang berusia sekitar 4 atau 5 tahun, tetapkan had masa mengaji antara 5 hingga 10 minit sahaja.

Ini kerana, jika waktu mengaji terlalu lama, anak akan mudah menjadi bosan dan cepat str3ss.

Selain itu, sediakan juga sudut khas untuk anak belajar mengaji dan sebagai tempat untuk anak menyimpan buku-buku Iqra’.

Apabila selesai waktu mengaji, anak akan menyimpan kembali buku Iqra’ di tempat yang telah disediakan.

2. Sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.

Untuk memupuk tabiat mengaji dalam diri anak, ibu bapa juga boleh mengajak anak untuk sama-sama mengaji selepas solat Maghrib.

Menurut Nooraishah,

“Saya akan sentiasa ingatkan anak bahawa waktu Maghrib hampir tiba. Saya minta anak untuk mandi siap-siap dan bersedia untuk solat dan mengaji. Secara tidak langsung anak akan sentiasa bersedia.”

3. Teknik pujuk anak.

Ada harinya Hafiz Zulfiqar malas untuk belajar mengaji. Jadi, ibu ini akan memujuk dengan berkata seperti, “Kalau tidak baca Iqra’ hari ini, nanti lambat alih ke muka surat yang baharu.”

Selain itu, ibunya juga akan memberikan mainan sebagai hadiah atau galakan untuk cepat belajar buku Iqra’ yang baharu.

4. Terangkan kebaikan mengaji kepada anak.

Ketika mengaji, boleh cuba menerangkan sedikit kebaikan mengaji al Quran kepada anak seperti mendapat pahala dan boleh masuk syurga.

Ceritakan segala kebaikan yang akan kita dapat jika mengaji supaya anak berasa bahawa mengaji itu sebagai sesuatu yang menyeronokkan.

5. Guna teknik lagu atau nyanyian.

Untuk mengelakkan anak menjadi cepat b0san ketika mengaji al Quran, Nooraishah juga mengajar anaknya mengaji dengan kaedah menyanyi atau berlagu.

Selain itu, jika anak tersalah baca, ibu bapa tidak perlu memar4hi anak.

Sebaliknya, tukarkan kesalahan yang dilakukan itu kepada satu bentuk bahan jenaka agar anak tidak menjadi stres ketika mengaji.

6. Guna teknik memuji anak terlebih dahulu.

Kanak-kanak akan lebih berm0tivasi melakukan sesuatu perkara jika ibu bapa kerap memuji mereka.

Ini juga langkah penting yang dilakukan oleh Nooraishah ketika mengajar anaknya mengaji al Quran.

Menurutnya,

“Saya selalu sebut bahawa Zulfiqar anak yang pandai. Walaupun hanya satu huruf yang dia kenal, saya akan memujinya dengan berkata seperti ‘Good b0y’, ‘Betul’, atau ‘Pandai’. Saya boleh melihat mukanya menjadi seronok untuk mengenal huruf-huruf baharu.”

Sumber:Detik Ini Viral

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!