Connect with us

isu semasa

Shuib Kongsi Video Nak Bagitahu Tentang Pemer gian Siti Sarah Kepada Anak-Anak

Published

on

Shuib Kongsi Video Nak Bagitahu Tentang Pemer gian Siti Sarah Kepada Anak-Anak

Dia juga mengakui seikit gu sar untuk berhadapan dengan perkara itu, namun harus menguatkan hati bagi memberitahu kebenaran sebenar kepada ketiga-tiga anaknya.

Sewaktu pelawak dan juga usahawan terkenal, Shuib Sepahtu ditemubual selepas pengebu mian isterinya di tanah Perku buran Islam Sungai Pusu, Gombak, dia memaklumkan yang anak-anaknya masih belum mengetahui bahawa Siti Sarah sudah tiada.

Dalam IG live Shuib petang semlaam, dia ada menceritakan bagaimana anak-anaknya mulai bertanya mengapa wajah ibu mereka terpampang di media sosial dan ramai mengatakan yang Siti Sarah sudah menin ggal du nia.

Justeru itu, menerusi akaun Instagram allahyarham isterinya, Shuib telah memuat naik momen yang sempat dirakam saat anak-anak mengetahui kebenaran.

Dengan tenang, Shuib mengumpulkan anak-anak dan memberitahu dengan begitu hemah berkenaan pemergian ibu mereka.

Jelas tergambar wajah terk ejut dan masing-masing mulai menan gis teresak-esak apabila mengetahui hal sebenar sehingga pelawak tersebut juga terasa se bak.

“Ibu tak akan balik dah..Ibu dah tak ada tau..kita dah tak jumpa ibu. Ibu dah tak ada dekat dunia tapi ibu dah ada dekat syurga..” tuturnya lembut.

Shuib dengan tenang memeluk anak-anaknya dan menenangkan mereka dari menangis selepas dimaklumkan perkara sebenar.

Ramai mengakui tidak sang gup melihat reaksi anak-anak pelawak tersebut setelah mengetahui sudah kehi langan ibu tercinta dalam sekelip mata.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah menitipkan kata-kata semangat agar Shuib terus kuat dan menjadi ayah yang baik dalam membentuk anak-anak seperti yang dipesan oleh allahy arham isterinya agar mereka semua membesar menjadi anak yang soleh serta solehah.

Akhir kata,sungguh kesian melihat anak menanyakan soalan yang agak ‘sensi tif’ buat Shuib.Semoga menjadi anak soloeh nanti ye.

Sumber:ohmymedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!