Connect with us

Motivasi

Qada Dan Qadar Jadi Penentu Kehidupan Manusia,Walau Beza 25-an,Sungguh Mengujakan

Published

on

Qada Dan Qadar Jadi Penentu Kehidupan Manusia,Walau Beza 25-an,Sungguh Mengujakan

BENARLAH, jodoh itu rahsia Tuhan.

Siapa sangka, hubun d gan mereka yang dahulunya bermula sebagai guru dan anak murid akhirnya berubah status menjadi pasangan suami isteri.

Berkongsi det1k2 awal perkenalan sehinggalah momen indah diijabkabulkan menerusi satu perkongsian di TikTok, pasangan ini juga mengkagumkan netizen apabila mempunyai jurang usia 25 tahun.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih daripada 1.2 juta jumlah tontonan dalam tempoh kurang 12 jam ia dimuat naik di aplikasi berkenaan.

Menurut Akmal Yusof, 22, dia mula mengenali isterinya, Suhana Esa, 47, pada 2016 sewaktu berada di tingkatan lima di sebuah sekolah menengah di Johor.

“Ketika itu isteri saya merupakan guru bagi subjek Sains Sukan dan dia juga merupakan juru latih untuk pasukan softball. Kalau ‘tra1ning’ atau ada pertan dingan, dia akan jadi gu ru peng1ring.

“Kiranya dari situ hubungan kami rapat namun kekal sebagai guru dan anak murid sahaja. Dia merupakan antara cikgu kegemaran saya juga. Apabila habis persekolahan, kami tak l0st c0ntact… saling berhubung.

cikgu isteri 1

Suhana merupakan gu ru subjek Sa1ns Sukan dan juga juru latih untuk pasukan softball yang disertai Akmal.

“Hinggalah pada 2019, ketika itu hadir perasaan nak bawa hubungan perkenalan ini ke fasa lebih se rius. Sewaktu hari jadinya pada Februari tahun itu, saya hadiahkan sebentuk cincin sebagai tan da.

“Alhamdulillah, pada November 2020 kami selamat diijabkabulkan. Walaupun dalam majlis serba ringkas, namun semuanya begitu dipermudahkan,” katanya.

Akmal berkata, dia dan isterinya bersyukur kerana hubungan mereka mendapat restu daripada kedua-dua buah keluarga.

cikgu isteri 2

Pasangan ini diijabkabulkan pada November tahun lalu.

“Malah selepas saja kami merancang nak berumah tangga, keluarga meminta agar perkara baik seeloknya dipercepatkan,” ujarnya lagi.

Sementara itu Suhana menga kui dia sendiri tidak pernah terlintas akan bertemu jodoh dengan anak murid sendiri.

“Kalau nak diimbas kembali, Akmal ni dulu antara pelajar yang nakal… selalu ketuk-ketuk pintu bila saya mengajar. Rupa-rupanya tak sangka dia ketuk pintu hati saya pula,” ujarnya sambil bersel0roh.

Berkongsi serba sedikit kisah sewaktu dilamar Akmal, Suhana berkata dia pada mulanya berasa sedikit gu sar memandangkan jarak usia mereka yang agak jauh berbeza.

Akmal ni dulu antara pelajar yang nakal… selalu ketuk-ketuk pintu bila saya mengajar. Rupa-rupanya tak sangka dia ketuk pintu hati saya pula.
SUHANA ESA
ISTERI

“Masa suami beri hadiah cincin pada hari lahir, tertanya-tanya juga, ‘betul ke?’. Banyak kali saya tanya dia, boleh ke terima diri saya sebab ramai lagi wanita yang sebayanya dan lebih muda.

“Tapi setiap kali diajukan soalan itu, suami mesti jawab ‘jan gan tanya pasal tu…. umur tak penting’,” ujarnya yang kini masih bergelar guru di sebuah sekolah menengah di Kota Tinggi, Johor.

Pasangan ini juga kini mengusahakan bisnes kedai makan, Samballana Bistro dan produk kerepek bersama-sama.

cikgu isteri 4

Bersama ahli keluarga dan kenalan rapat.

Tidak menyangka perkongsian video berkenaan menjadi tular, Suhana berkata dia dan suaminya terharu kerana menerima ko men posi tif daripada netizen, malah ramai turut mendoakan rumah tangga mereka.

“Bagi mereka yang mungkin ba kal atau bertemu jodoh dengan pasangan yang berbeza usia, terimalah ini sebagai qada dan qadar dari Allah. Kita tak boleh menilai sesuatu daripada umur semata-mata.

cikgu isteri 3

Selain mengusakan restoran Samballana Bistro, pasangan ini turut mengusahakan bisnes kerepek.

“Satu perkara lagi, walaupun isteri ni lebih dewasa atau berpangkat, satu perkara perlu diingat, status suami tetap di atas. Syurga seorang isteri tetap di bawah tapak kaki suaminya,” ujarnya lagi.

Akhir sekali,”Umur bukanlah penentu kebahagiaan rumah tangga. Soal kema tangan dic0rakkan oleh akal fikiran yang wa ras. Dan paling penting, setiap pasangan kena bert-lak ansur.

Sumber:mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!