Connect with us

Uncategorized

Makan Sosej Mengakibatkan Risiko Obesiti, Kanser Usus

Published

on

Risiko obesiti, kanser usus makan sosej
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat tidak menjadikan sosej sebagai hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kerana boleh meningkat risiko obesiti dan kanser usus.

KKM dalam kenyataan di Facebooknya hari ini berkata, tanggapan kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar adalah salah.

Katanya, sosej bukan daging sebenar tetapi sejenis makanan diproses.

“Makanan ini tinggi kandungan lemak tepu (lemak trans meningkatkan risiko kanser), tinggi kandungan garam (sodium & MSG) dan tinggi bahan pengawet.

“Selain itu ia boleh meningkatkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan dan meningkatkan risiko obesiti dan kanser usus,” katanya.

Katanya, kandungan mikronutrien yang memberi kebaikan kepada badan dalam makanan yang telah terproses adalah sangat sedikit.

“Nak makan sosej tu boleh, tetapi janganlah dijadikan hidangan utama atau makanan harian untuk anak-anak kita,” katanya.

sumber: harian metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Majalah Perdana

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!