Connect with us

Motivasi

Tunggu Makanan Pesanan Pelanggan,Rider Ni Dikejutkan Dengan Dapat Keputusan Cemerlang STPM

Published

on

Tunggu Makanan Pesanan Pelanggan,Rider Ni Dikejutkan Dengan Dapat Keputusan Cemerlang STPM

Seorang penghantar makanan sambilan tidak menyangka memperoleh keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), semalam.

Muhammad Izzuddin Amirrudin, 20, yang memulakan khidmat sebagai penghantar makanan GrabFood dua bulan lepas berkata keputusan tersebut disemak secara dalam talian ketika dia sedang menunggu pesanan makanan pelanggan di restoran.

Bercita-cita menjadi seorang peguam untuk berkhidmat kepada masyarakat, Muhammad Izzudin berkata dia berhasrat mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Malaya (UM).

“Saya terkejut dan sangat gembira selepas mengetahui memperoleh 4A dengan PNGK 4.00 dan sangat bersyukur kerana usaha dan peng0rbanan selama ini akh1rnya membuahkan hasil.

“Ibu bapa sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menghadapi peperiksaan terutama ketika negara kini dilanda pand3mik COV1D-19. Tidak lupa juga kepada jasa gvru-gvru yang selama ini tanpa lelah mengajar dan berkongsi ilmu kepada saya dan rakan-rakan,” katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Forest Heights itu berkata Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah antara cabaran perlu dilalui kerana dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri belajar tanpa bersemuka dengan gvru-gvru dan rakan-rakan lain.

“Capaian internet lemah juga menyuk@rkan PdPR. Ada masa saya rasa patah semangat tetapi sokongan daripada ibu bapa menyvntik kembali semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran,” Katanya lagi.

Anak kedua daripada enam beradik itu berkata antara resipi kejayaan cemerlang dalam STPM adalah rajin mengulang kaji di samping rajin membaca nota tambahan dengan melakukan penyelidikan di Internet serta memperuntukkan antara dua hingga tiga jam sehari bagi mengulang kaji pelajaran.

Berkongsi pengalaman sebagai penghantar makanan, Muhammad Izzuddin berkata ia banyak mengajar dirinya untuk mengenal masyarakat dengan pelbagai ragam dan mempersiapkan diri menjadi seorang yang lebih matang.

Katanya, berkerja sambilan sebagai penghantar makanan juga mendidik menjadi seorang yang amanah serta dapat memperkuat dirinya dari aspek m3ntal dan fiz1kal kerana sitvasi kerja yang tanpa mengira keadaan hujan atau panas.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa untuk like dan share ya,Semoga memberi impak yang baik buat kita.

Sumber:ohmymedia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!