Connect with us

#MOTIVASI/TAULADAN

Makcik umur 40 tahun msih jual arang dengan cara traditional,gunakan cara mmbkar pokok dengan gunakn tempat ‘traditional’ yg brbntuk Igloo

Published

on

Makcik umur 40 tahun msih jual arang dengan cara traditional,gunakan cara mmbkar pokok dengan gunakn tempat ‘traditional’ yg brbntuk Igloo

Pekerja arang Mariam Che Muda, 56, menunjukkan sebahagian ara.ng yang sudah siap diba.kar sebelum dibungkus ke dalam beg plastik ketika ditemui Bernama di Kampung Bukit Mak Lipah Mahligai baru-baru ini.

Kepulan asap hitam dan tebal sedikit pun tidak mengganggu tumpuan Nazri Mohd Sohor sebaliknya tangannya terus tangkas memasukkan kayu ke dalam ‘gok’, binaan seakan iglu yang berfungsi sebagai ketuhar untuk membakar kayu sehingga menjadi ar.ang.

Itu rutin harian Nazri, 48, bersama isterinya Pazuriatiayu Paudin, 45, sejak lapan tahun lalu selepas mengambil alih perusahaan membuat arang berusia 40 tahun milik bapa mentuanya, Allahyarham Paudin Ismail yang meninggal dunia pada 17 Januari lalu.

Nazri berkata, arwah bapa mentuanya memulakan perusahaan membuat arang itu di Kampung Padang Raja, Melor, Kota Bharu sebelum beliau bersama lima ipar-duainya memindahkan tapak perusahaan ke lokasi sekarang berhampiran rumahnya di Kampung Bukit Mak Lipah Mahligai, di sini.

“Kemahiran menghasilkan arang kini diwarisi dan diturunkan kepada kami semua, terdapat 12 buah gok yang digunakan untuk membakar kayu seterusnya menghasilkan arang di sini.

“Proses pembakaran kayu mengambil masa antara dua minggu untuk gok kecil bersaiz 3.05 meter (m) dan tiga minggu untuk gok besar bersaiz 3.96m sebelum menjadi arang. Antara jenis kayu yang saya gunakan untuk membuat arang ialah kayu pokok rambutan, getah dan dokong,” katanya kepada ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Nazri berkata, untuk menghasilkan arang yang berkualiti, kawalan ap1 perlu diberi perhatian.

“Selepas kayu dimasukkan ke dalam gok, api dinyalakan di bahagian tempat khas sebelah pintu utama. Kayu kemudian dibakar menggunakan su.hu tinggi untuk tiga hari, sebelum proses pemba.karan diteruskan menggunakan ap1 sederhana serta kecil sehingga kayu bertukar menjadi arang,” jelasnya.

Nazri berkata, dia perlu memeriksa gok lima kali sehari bagi mengelak ia merekah dan ap1 merebak ke luar, selain gok juga perlu ditampal dengan tanah liat ‘kelat masam’ dan pasir halus basah di permukaan pintu bagi mengekalkan kelembapan supaya suhu terkawal.

Sementara itu, Pazuriatiayu berkata, ara.ng yang berkualiti tidak mengeluarkan percikan ap1 dan mudah untuk dinyalakan.

“Kami menjual arang siap dibungkus seberat dua kilogram (kg) pada harga RM2. Biasanya arang kami dibeli oleh peniaga nasi kerabu, ayam dan daging bakar, roti tempayan, burger bakar, pizza arang dan lain-lain lagi.

“Setiap bulan kami mam.pu menghasilkan kira-kira 3,800kg arang. Malah arang keluarga kami turut memiliki pelanggan tetap di luar negeri ini seperti di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Menurutnya, selain arang yang siap dibungkus, arang yang han.cur dan kur.ang mas.ak (dipanggil arang puting) dimasukkan ke dalam guni dan dijual pada harga RM25 satu guni seberat 20kg kepada pelanggan seperti pen3mpa senj.ata serta pengusaha bunga orkid dan ros.

“Malah menariknya juga masih ada yang menggunakan arang untuk dijadikan ‘api dian’ semasa dalam pantang bersalin,” katanya.

Pazuriatiayu akvi ketika ini amat su.kar mendapatkan bekalan kayu di sebalik permintaan tinggi arang yang diterima daripada pelanggan.

Dapatkan info2 terkini di SumberMaklumat,terima kasih.

Sumber:SInar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!