Bantuan
RASMI(Bantuan Skim Internet M40),Pakej Internet Bagi Keluarga Bujang dan Asa

RASMI(Bantuan Skim Internet M40),Pakej Internet Bagi Keluarga Bujang dan Asa
Berita baik bagi golongan M40 di negeri Selangor, anda boleh memohon Skim Internet Selangor (SISM40) yang ditawarkan kerajaan negeri menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mulai 1 Julai 2021.
Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) melalui perkhidmatan unifi yang mana kerajaan negeri memperuntukkan subsidi Internet khusus kepada M40.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, skim berkenaan melengkapi inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sebelum ini.
Apakah SISM40 ?
SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM) Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.
Syarat Permohonan SISM40
Permohonan Skim Internet Selangor M40 adalah terbuka untuk:
- Semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Selangor sekurang-kurangnya lima (5) tahun ke atas
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Tidak disenarai HITAM oleh mana-mana penyedia perkhidmatan telekomunikasi
- Pakej ini adalah untuk langganan baharu sahaja dan TIDAK SAH untuk pelanggan jalur lebar unifi Home sedia ada (dalam kontrak)
- Satu (1) isi rumah layak memohon satu (1) pakej sahaja
- Bagaimanapun, pelanggan unifi Lite (streamyx) sedia ada boleh memohon pakej ini
- Khusus untuk kumpulan M40 (Pendapatan isi rumah RM4,851 – RM10,970)
Pakej Yang Ditawarkan
Terdapat lapan (8) pakej tawaran SISM40 melalui Pakej Keluarga, Pakej Bujang dan Pakej Asas.
Rujuk perincian setiap pakej seperti berikut:
i) PAKEJ KELUARGA
PAKEJ BUJANG
PAKEJ ASAS
Cara Permohonan / Pendaftaran SISM40
Pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my/
- Di semua 56 buah Pejabat DUN Selangor
- Talian bantuan di 03-5030 4595/4596
- (9.00pg – 5.00ptg : Isnin – Jumaat) kecuali pada cuti umum.
Tempoh / Tarikh Permohonan
- SISM40 ini terbuka untuk permohonan selama (1) tahun bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 30 Jun 2022.
- Peringkat permulaan tempoh permohonan bermula dari 1 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021.
Bayaran Pendahuluan
- Terdapat caj bayaran pendahulan untuk perkhidmatan jalur lebar unifi Home sebanyak RM100.
- Bayaran pendahuluan perlu dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan. Pelanggan akan dimaklumkan mengenai pembayaran yang telah dibuat melalui SMS dan akan dipaparkan dalam bil mereka yang berikutnya.
- Sementara itu, bayaran pendahuluan untuk pelan mudah alih perlu dibuat semasa pendaftaran (untuk nombor baharu) dan tiada caj bagi pengekalan nombor sedia ada (Mobile Number Portalibity – MNP).
Semakan Kelulusan
Sekiranya permohonan anda diluluskan, anda akan diberitahu melalui e-mel dalam tempoh 14 hari bekerja.
Pelanggan akan dimaklumkan melalui alamat emel yang diberikan semasa pendaftaran.
Semakan juga boleh dibuat di laman sesawang SISM40 https://www.sism40.com.my
Kontrak
Dengan memilih salah satu daripada tawaran ini, anda akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.
Sekiranya anda memilih untuk menamatkan langganan pelan jalur lebar sebelum tempoh kontrak selama 24 bulan berakhir, bayaran pen@lti sebagai tambahan kepada baki bulan akan dikenakan.
Namun, tiada sebarang kontrak dikenakan bagi pelan mudah alih.
Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila dapatkan maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan proses pendaftaran melalui laman sesawang https://www.sism40.com.my/ atau di talian bantuan 03-5030 4595/4596 (Isnin –Jumaat 9.00 pagi – 5.00 petang) kecuali pada cuti umum.
ATAU
Sembang Langsung di https://unifi.com.my/chat/index.html atau melalui aplikasi myunifi
Komuniti di https://community.unifi.com.my/
Facebook di https://www.facebook.com/weareunifi/
Twitter di @helpmeunifi
Cawangan TMpoint yang terdekat
Rujuk soalan lazim di bawah:
Apa itu SISM40?
- SISM40 atau Skim Internet Selangor M40 merupakan pakej insentif internet di bawah Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Telekom Malaysia Berhad (TM).
- Pakej ini menawarkan rebat penjimatan sebanyak RM120 hingga RM360 setahun.
- Pakej ini terbuka bagi pendaftaran baharu pelan jalur lebar unifi Home sahaja.
Bolehkah saya mendaftar lebih daripada satu akaun?
Ya Boleh. Pelanggan boleh memohon lebih dari satu (1) akaun bagi pemasangan di alamat kediaman yang berbeza.
Bolehkah saya melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS)?
Anda boleh melanggan perkhidmatan nilai tambah (VAS) untuk pelan sedia ada.
Pendaftaran boleh dilakukan melalui unifi.com.my atau aplikasi myunifi. Anda juga boleh membuat permohonan di TMpoint berdekatan.
Perkhidmatan VAS seperti penggalak Wi-Fi (Mesh Wifi) atau unifi Plus Box tidak termasuk di dalam tawaran promosi satu (1) bulan langganan percuma ini.
Bolehkah saya memindahkan pelan unifi saya kepada orang lain?
Tidak. Sebarang pertukaran atau pemindahan hak milik tidak dibenarkan sepanjang tempoh kontrak di bawah SISM40.
Sekiranya anda ingin meneruskan pindah milik, harga bagi talian mudah alih akan bertukar kepada harga komersial sekiranya anda tidak mempunyai akaun jalur lebar unifi Home yang aktif.
Bagaimana jika saya berpindah ke negeri lain setelah melanggan SISM40?
Pelanggan yang berpindah keluar dari negeri Selangor tidak layak untuk terus menikmati pakej tawaran dibawah SISM40.
Permohonan pindahan boleh dilakukan dimana-mana cawangan TMpoint berhampiran.
Anda tidak akan menikmati diskaun dibawah SISM40 dan pelan akan dipindahkan kepada pakej unifi semasa yang setara.
Kontrak juga akan diperbaharui kepada 24 bulan dengan pakej komersial semasa.
Bagaimanakah cara membuat bayaran untuk pakej ini?
Pembayaran boleh di buat di saluran digital unifi.com.my atau melalui aplikasi myunifi.
Pelanggan juga boleh membuat pembayaran di kiosk yang terdapat di TMpoint berdekatan.
Bagaimanakah cara jika saya ingin menamatkan langganan saya?
Langkah 1
Anda perlu memberi notis 30 hari sebelum penamatan dilakukan melalui saluran seperti berikut:
Live Chat melalui unifi.com.my atau myunifi app
Email ke help@tm.com.my
TMpoint di seluruh Malaysia
Langkah 2
Pihak TM akan memberikan jumlah kasar baki bil semasa anda. Wakil TM akan berhubung dengan anda dalam tempoh (7) hari untuk pengesahan permohonan penamatan. Setelah bayaran baki bil telah dijelaskan, pihak TM akan meneruskan permohonan penamatan pada hari ke-31 daripada tarikh notis permohonan.
Langkah 3
Anda akan merima maklumat status penamatan melalui SMS. Kemudian, and perlu memulangkan kembali Broadband Termination Unit (BTU) di TMpoint berdekatan dalam tempoh (7) hari bagi mengelakkan daripada dikenakan sebarang caj kelewatan.
Sudah baca artikel ini?jangan lupa untuk like dan share ya,semoga memberi manfaat.
Sumber:kerjakosong
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis