Connect with us

Bantuan

RASMI Bantuan Rm60k Untuk Buat Rumah Atas Tanah Sendiri

Published

on

RASMI Bantuan Rm60k Untuk Buat Rumah Atas Tanah Sendiri

Bagi kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri, kerajaan telah memperkenalkan sebuah program dikenali sebagai Skim Pinjaman Perumahan (SPP).

Melalui skim ini, ia akan membantu golongan berpendapatan rendah membiayai kos pembinaan rumah supaya golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai sumber untuk memiliki rumah sendiri.

Syarat-syarat kelayakan

  • Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 hingga 70 tahun.
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan.
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan).
  • Pemohon dan pasangan belum mempunyai rumah.
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000 hingga RM3,000 sebulan.
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat.

Syarat pinjaman

  • Had Pinjaman Maksimum RM60,000 (tidak termasuk perlindungan insuran).
  • Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.
  • Caj perkhidmatan 2% ke atas pinjaman.
  • Perlu mengambil perlindungan insuran yang disediakan oleh Panel Insuran, Jabatan Perumahan Negara ke atas rumah yang dibina.

Syarat Pinjaman Generasi Kedua

Pilihan pinjaman 2 generasi terbuka kepada pemohon yang berumur antara 45 hingga 70 tahun dengan syarat penama kedua berumur 21 hingga 35 tahun, berpendapatan minimum RM1000 dan bukannya kakitangan kerajaan.

  • Perlindungan insuran hanya untuk generasi kedua sahaja
  • Generasi ke-2 mestilah anak kandung kepada pemohon

Syarat cagaran tanah

Mencagar tanah adalah sama ada milik peminjam atau milik ahli keluarga terdekat dengan kebenaran bertulis pemilik tanah.

  • Nilai tanah (berdasarkan penilaian Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta) yang dicagar tidak kurang daripada jumlah pinjaman.
  • Bagi tanah milikan secara pajakan, perlu mematuhi syarat berikut;
  • Baki tempoh pajakan tanah yang dicagar sekurang-kurangnya 40 tahun.
  • Mendapat kebenaran mencagar tanah daripada Pihak Berkuasa Negeri

Syarat pembinaan rumah

Rumah kos rendah yang keluasan lantai 700 – 1,000 kaki persegi, sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

  • Diberi pilihan untuk menggunakan pelan-pelan yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) SAHAJA.
  • Pemohon TIDAK boleh menggunakan pelan sendiri
  • Mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jika diperlukan
  • Perlantikan kontraktor diuruskan oleh peminjam dan kontraktor tersebut:-
  • Kontraktor tempatan mengikut kawasan DUN;
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat atau Perakuan Pendaftaran CIDB yang masih sah;
  • Memiliki punca kewangan yang mencukupi dengan had minima kewangan adalah RM5,000
  • Memiliki pengkhususan kerja berkaitan bidang pembinaan

Cara memohon

Bagi yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan dengan lengkap (KLIK SINI) dan melampirkannya dengan Dokumen-Dokumen Sokongan yang diperlukan berdasarkan SENARAI SEMAK PINJAMAN yang disediakan di muka belakang borang.

Borang dan dokumen-dokumen sokongan kemudiannya hendaklah dihantar ke Bahagian Pengurusan Perumahan, Cawangan Pembiayaan Perumahan, Jabatan Perumahan Negara.

Bagi maklumat lanjut tatacara permohonan dan syarat-syarat boleh KLIK SINI. Pemohon juga disarankan untuk menghubungi pihak Jabatan Perumahan Negara jika terdapat sebarang permasalahan dan kemusykilan melalui:

  • Tel : 03-8891 4060, 4049, 4048
  • Faks: 03-8891 4269
  • Emel: spp@kpkt.gov.my

Sudah baca artikel ini?jangan lupa untuk like dan share ya,Semoga bermanfaat,

Sumber:berikerja

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!