Bantuan
Najib Razak Cadang Beri I-Survive Buat Rakyat Yang TAk Ada KWSP,Ini Huraiannya

Najib Razak Cadang Beri I-Survive Buat Rakyat Yang TAk Ada KWSP,Ini Huraiannya
Menerusi satu ‘share’ di laman Facebook oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, beliau mencadangkan satu skim baharu untuk membantu mereka yang tiada simpanan KWSP.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan skim i-Survive yang bertujuan untuk memberi pinjaman sebanyak RM5000 kepada rakyat M4laysia melalui institusi perbankan yang terpilih.
Dalam perkongsian tersebut, Datuk Seri Najib mengambil maklum bahawa tidak semua rakyat Malaysia mempunyai simpanan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Malah bantuan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Gerak Khas Prihatin (GKP) dan skim i-Citra juga seakan akan mengecewakan ramai orang lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah dua bulan menjalaninya.
Inspirasi Dari Negara Lain
Beliau juga menyatakan bahawa banyak negara lain seperti Hong Kong dan Amerika Syarikat telah memberi bantuan tunai yang lebih tinggi pada zaman pandemik ini. Sebagai contoh, negara Hong Kong telah membelanjakan sebanyak HK$10,000 pada tahun lepas dan HK$5,000 pada tahun ini manakala Amerika Syarikat telah membelanjakan sebanyak US$3,627.
Bank Malaysia Catat Keuntungan Tinggi
Beliau juga memaklumkan bahawa bank-bank Malaysia masih mencatat keuntungan yang semakin besar namun masih tidak mahu mengetepikan faedah dalam tempoh moratorium kerana tidak mahu men4nggung kervgian walaupun cuma satu sen.
Elak Rakyat Dari Kredit Komuniti
Cadangan ini juga bagi mengelakkan rakyat terjerat dengan Kredit Komuniti. Selain itu, usulan ini adalah disebabkan oleh sektor ekonomi tempatan yang masih l3mbab.
Cadang Skim i-Survive
Oleh yang hal demikian, beliau mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan skim i-Survive berjumlah RM5,000 dengan mengenakan kadar faedah yang rendah iaitu sebanyak 3% sahaja. Skim ini juga boleh dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia 18 dan ke atas yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Kadar faedah ini adalah lebih rendah daripada kadar dividen yang dikenakan oleh institusi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Berhad (ASB)
i-Survive : Mohon Hari Ini, 3 Hari Lagi Masuk
Sebagai contoh, memohon hari ini, automatik mendapat kelulusan tanpa perlu sebarang penilaian permohonan. Wang sebanyak RM5,000 akan dimasukkan ke dalam akaun pemohon tiga hari kemudian.
Jaminan Penuh Kerajaan
Beliau juga mencadangkan skim ini dijamin penuh oleh kerajaan di mana jaminan kerajaan tidak masuk dalam pengiraan nisbah hutang atau defisit tahunan bajet kerajaan.
Kadar Faedah 3%
Tempoh bayaran balik ialah sehingga tahun kemudian dan hanya akan mengenakan faedah 3% setahun atau RM150 setahun atau maksimum RM450 untuk keseluruhan tempoh 3 tahun dan tiada ansuran bulanan. Pemohon cuma perlu membayar faedah tahun RM150 tersebut dan baki prinsipal sepenuhnya sebelum tempoh tiga tahun berakhir.
Sekiranya ada rakyat yang tidak mampu untuk membayar semula skim i-Survive sepenuhnya sebelum tempoh 3 tahun berakhir, maka pihak kerajaan akan memotong separuh daripada wang bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau BPR untuk melangsaikan pinjaman tersebut untuk golongan B40 dan M40 bermula pada tahun hadapan, 2022.
Sebagai contoh, jika pemohon mendapat BR1M sebanyak RM2,000 setahun maka kerajaan akan memotong sebanyak RM1,000 pada tahun hadapan untuk digunakan bagi membayar balik baki prinsipal skim ini.
Jika RM1000 dibayar kerajaan setiap tahun maka jumlah pinjaman RM5000 ini akan berkurang sebanyak RM3000. Peminjam cuma perlu melangsaikan baki sebanyak RM2000 itu sahaja.
Bank Tidak Rugi
Peminjam yang mampu membayar balik setelah ekonomi memulih, digalakkan untuk melangsaikan sepenuhnya sahaja. Bank juga tidak akan rugi kerana kadar 3% ini adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah 1.95% yang dibayar bank bagi simpanan tetap 3 tahun di ketika ini. Bank juga tidak akan rugi kerana kerajaan akan membantu melangsaikan sebahagian hutang setiap tahun serta menjamin keseluruhan jumlah pinjaman.
Selain itu, bank juga akan mendapat pelanggan baru apabila skim ini dilancarkan. Jadi, bank masih untuk walaupun keuntungannya tidak seperti yang biasa.
Sebagai contoh, jika 5 juta rakyat Malaysia memohon, jumlah pinjaman adalah RM25 bilion dan sekiranya 10 juta orang memohon maka jumlahnya adalah RM50 bilion iaitu cuma 10% daripada pinjaman terkumpul sebanyak RM500 bilion bagi kesemua bank di Malaysia pada ketika ini.
Kerajaan juga boleh membantu bank dari segi aliran tunai dengan menrunkan lagi Nisbah Keperluan Berkanun yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Tambah Datuk Seri Najib lagi, dengan pelaksanaan i-Survive ini bukan sahaja dapat membantu rakyat Malaysia dari segi kewangan tetapi ianya secara tidak langsung mampu membantu merancakkan ekonomi tempatan. Malah, kerajaan turut mendapat manfaat dari segi jumlah rakyat Malaysia yang mendaftar di LHDN.
Sudah baca artikel ini?Jangan lupa untuk like dan share ya,semoga bermanfaat.
Sumber:mypendidikan
-
Motivasi11 months ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH3 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa11 months ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi11 months ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama12 months ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH3 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa10 months ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa10 months ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis