Connect with us

#K.SEDIH

Ibu Bekalkan Kurma Dan Kismis Sahaja Ke Sekolah,Adik ini Gigih Kutip ꜱɪꜱᴀ makanan dari rakan

Published

on

Ibu Bekalkan Kurma Dan Kismis Sahaja Ke Sekolah,Adik ini Gigih Kutip ꜱɪꜱᴀ makanan dari rakan

Kisah Seorang Murid Terpaksa Kutip ꜱɪꜱᴀ Makanan Rakan Kerana Lapar, Mak Ayah Hanya Bekalkan Kismis Dan Kurma Setiap Hari. Pengambilan makanan seimbang sangat penting agar anak-anak dapat membesar dengan sihat. Setiap ibu bapa sudah pasti mahukan anak mereka mengambil makanan yang sihat dan mampu beri rangsangan kepada otak dengan baik.

Pun begitu, kisah yang diceritakan Aida Puan Sri Squeq di Facebook ini agak menyayat hati sesiapa sahaja yang membacanya.

Seorang murid hanya dibekalkan dengan tiga biji kurma dan beberapa biji kismis oleh ibu bapa setiap hari ke sek0lah.

Akibat terlalu lapar, murid tersebut terp4ksa mengisi perut dengan mengutip ꜱɪꜱᴀ-ꜱɪꜱᴀ makanan rakannya. Eh biar betul ni?

Berikut apa yang ditulis Aida:

“Dah dua hari saya perhatikan seorang murid tahun dua ini. Hari pertama saya nampak dia kutip lebihan-lebihan makanan kawan-kawan yang ditinggalkan dan dia makan. Semalam dia menangis sambil makan bekalan dari ibunya. Tiga biji kurma dan beberapa biji kismis.

“Saya perhatikan bila dia buka bekal terpacul daripada mulutnya ‘sikit jer’ dan dia terus menangis! Saya cuba hampiri dia, tiba-tiba ustazah yang mengajar di situ menarik tangan saya”

Menurut Aida, dia diberitahu oleh ustazah di sekolah yang ibu kepada murid itu tidak membenarkan anaknya diberi makanan lain selain daripada bekalan yang diberi dari rumah kepada anaknya.

Malah, duit belanja pun tidak pernah diberi kepada murid tersebut. Aduhai…

“Sebab tu dia antara orang terakhir yang masuk kelas sebab dia akan kutip lebihan yang tinggal di bekas makanan yang kawan-kawan dia beli. Kalau awak bagi nanti mak dia akan marah dan cakap awak mencemari pemakanan anak dia,” jelas ustazah tersebut.

Susulan entri tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka akan sikap ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dikatakan kedekut dan pemalas kerana sanggup melihat anak berlapar dengan memberi makan kurma dan kismis sahaja.

Walau bagaimanapun, ada pula segelintir netizen yang merasakan perkongsian itu rekaan semata-mata dan tak mungkin ada ibu bapa yang sanggup melakukan perkara tersebut kepada anak mereka.

Aida pantas menyangkal ᴅᴀᴋᴡᴀᴀɴ netizen tersebut dan menjelaskan bahawa pihak sekolah sudah pun mengetahui masalah pelajar tersebut dan memaklumkan kepada ibunya. Namun teguran sekolah dibalas negatif oleh ibu murid itu.

Macam-macam hal lah. Zaman sekarang ini, walau dah bawa bekal ke sekolah, kebanyakan murid masih lagi diberi wang saku walau RM1. Maklumlah, budak-budak tidak mampu menahan melihat makanan-makanan yang dilihat lazat dan sudah tentu teringin untuk merasa.

Kalau tidak mahu anak-anak makan makanan yang tidak berkhasiat sekalipun, didiklah anak tentang kenapa makanan itu tidak elok untuk di makan. Apa pandangan korang mengenai perkara ini?

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:SajaGempak

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!