#SELEBRITI
“masih ingat nasihat suami” – EZLYNN nak berlakon ᴘᴀᴛᴜʜ ꜱʏᴀʀɪᴀʜ

“masih ingat nasihat suami” – EZLYNN nak berlakon ᴘᴀᴛᴜʜ ꜱʏᴀʀɪᴀʜ
MENJAGA status sebagai seorang isteri, penyanyi dan pelakon Ezlynn memberitahu dia agak memilih untuk menerima tawaran berlakon. Kata Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 40, suaminya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail tidak menghalang atau meletakkan sebarang syarat, namun dia juga menjaga kepercayaan yang diberikan terhadapnya.
“Sebenarnya suami juga seorang yang sukakan seni. Jadi dia beri green light untuk saya terus berlakon dan lakukan perkara yang saya suka.
“Bagaimanapun suami sentiasa berpesan supaya saya menjaga maruah dan aurat.
“Sebab itu apabila menerima tawaran berlakon saya sangat memilih watak yang patuh syariah,” katanya kepada mStar.
Ezlynn senang suami beri green light aktif dunia seni.
Ezlynn bersyukur disebabkan suami yang meminati dan faham kerjaya seni membuatkan dia lebih tenang dan mudah untuk bekerja.
Malah, suaminya iaitu juga terbuka untuk terjun ke dunia lakonan jika diberi peluang.
“Seperti semua orang tahu suami saya merupakan seorang penderma hati yang pertama di Malaysia. Dia sudah biasa mendapat perhatian dan faham dengan dunia glamor.
Bagaimanapun suami sentiasa berpesan supaya saya menjaga maruah dan urat
“Sebenarnya dia sendiri pun mahu mencuba jika diberi peluang untuk berlakon.
“Disebabkan kami sekepala dan dia faham dengan dunia seni, maka saya rasa seronok dan tenang untuk bekerja,” ujarnya.
Ezlynn dan Hafizam mendirikan rumah tangga pada 11 September 2021.
Ini merupakan perkahwinan kedua buat Ezlynn selepas bercerai dengan Adam Fahmy pada 2017.
Bakal tampil dalam filem Rompak bersama Daiyan Trisha dan Azhar Sulaiman
Bermula sebagai seorang penyanyi dalam industri seni, Ezlynn bagaimanapun kini meletakkan lakonan sebagai minat utama berbanding bidang nyanyian.
“Kerjaya nyanyian sudah jatuh jadi nombor dua sekarang ini.
“Saya memang minat berlakon dan terima apa sahaja cabaran yang diberikan.
“Cuma seperti yang saya katakan, watak itu haruslah patuh syariah,” jelasnya.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH1 year ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis