#K.SEDIH
Kakak ᴅᴀᴋᴡᴀ adik dapat ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ ‘asalada’?,ini kata akak dimana adiknya jadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ ᴘᴜᴋᴜʟ dahulu

Kakak ᴅᴀᴋᴡᴀ adik dapat ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ ‘asalada’?,ini kata akak dimana adiknya jadi ᴍᴀɴɢꜱᴀ ᴘᴜᴋᴜʟ dahulu
“SAYA sendiri hampir tak kenal kakak…”
Demikian kata Fauziah Nordin, adik kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, yang meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa kakaknya tidak dijaga dengan baik sepanjang dirawat di sebuah hospital di sini sejak sebulan lalu.
Fauziah, 40, berkata keadaan Jahidah yang dibenarkan keluar hospital Jumaat lalu bukan saja kelihatan kurus berbanding sebelum ini, malah luka ‘bedsore’ di belakang badannya semakin teruk.
“Sebelum ini fizikalnya berisi dan luka di belakang badannya sudah pulih, tetapi saya tengok keadaan dia seperti ‘terbiar’.
“Kedua-dua kaki kakak juga berkudis yang saya tak tahu macam mana ia boleh berlaku dan bila saya persoalkan, doktor beri alasan ia tidak dapat dielakkan untuk pesakit terlantar sepertinya,” katanya.
Fauziah berkata dia tidak mahu menuduh pihak hospital mengabaikan pesakit seperti Jahidah.
Bagaimanapun ujarnya, ketika kakaknya ditahan di wad bersalin sebelum ini, isu begitu tidak timbul.
Ujarnya, meskipun Jahidah koma, tidak sepatutnya dia dijaga ala kadar sahaja.
“Kalaulah kakak boleh bercakap, dah tentu dia beritahu sakitnya dia sekarang.
“Kenapa ketika di wad bersalin dulu dia boleh dijaga dengan baik dan kenapa di wad biasa ini tidak. Oklah, saya boleh terima kalau alasan kakak terbaring lama menyebabkan luka belakang badannya teruk, tapi macam mana pula luka di kaki?” katanya.
Jelasnya, pihak doktor yang bertugas telah pun memohon maaf, namun melihat keadaan Jahidah sekarang membuatkan dia trauma untuk menghantar kakaknya lagi ke situ.
Selain itu katanya, bagi mengelakkan keadaan luka di bahagian belakang Jahidah bertambah teruk, dia mengupah seorang bekas jururawat untuk menjaganya.
“Saya bukannya tak boleh cuci sendiri, tapi luka kakak itu sangat dalam sehingga menampakkan tulangnya.
“Anggaran kos untuk membersihkan luka kakak saja RM3,000 sebulan dan saya diberitahu yang ia akan mengambil masa untuk sembuh,” katanya.
Sementara itu, berkenaan keadaan kesihatan Jahidah, Fauziah berkata, doktor memberitahu yang jantungnya berisiko untuk berhenti.
Jelas Fauziah, tidak pasti sampai bila Jahidah mampu bertahan, namun selagi mempunyai kudrat, dia akan menjaga kakaknya sebaik mungkin.
Pada 30 November 2021, Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, J Eshan Nufail secara pembedahan.
Pada 21 Januari lalu Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Untuk rekod, Jahidah koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya, Mei tahun lalu. – SINAR HARIAN
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis