#K.DUNIA
ᴘᴜᴋᴜʟanak dengan ‘ꜱᴀᴅɪꜱ’,pengasuh ada sejarah ᴅᴇʀᴀ ᴋᴀɴᴀᴋ2 dalam senarai

ᴘᴜᴋᴜʟanak dengan ‘ꜱᴀᴅɪꜱ’,pengasuh ada sejarah ᴅᴇʀᴀ ᴋᴀɴᴀᴋ2 dalam senarai
ᴋᴇᴄᴏʜ di media sosial mengenai video seorang wanita yang dipercayai pengasuh didapati menampar seorang bayi secara bertalu-talu. Bukan sekadar itu, terdapat video lain yang turut menyaksikan wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu turut mengetuk seorang kanak-kanak berkali-kali menggunakan sudip kayu.
Menerusi perkongsian yang tular sejak Selasa malam, kesemua video dikatakan dirakam oleh anak tiri pelaku berusia 11 tahun yang turut menjadi mangsa deranya.
Susulan ᴋᴇᴋᴇᴄᴏʜᴀɴ itu, timbul dakwaan bahawa ɪɴꜱɪᴅᴇɴ tersebut bukan pertama kali berlaku, sebaliknya pernah terjadi pada kanak-kanak lain yang dijaganya sebelum ini.
ᴘᴇɴᴅᴇᴅᴀʜᴀɴ terbaharu itu dibuat oleh pengguna Twitter @cocoandbrownie yang memuat naik beberapa video ‘penderaan’ tular sambil menambah insiden berlaku tahun lalu.
“Update berkaitan kes ni. Ini adalah info daripada ibu bapa lain yang pernah hantar (anak) kepada pengasuh ini,” katanya menerusi satu ciapan pada Rabu.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang.
Pendedahan terbaharu mengenai seorang pengasuh.
Dia turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar kepadanya mendakwa anak mereka turut didera sebelum ini, dipercayai berlaku tahun lalu.
“Dua budak yang diasuh dalam story awak tu memang saya cam, cuma yang kecil tu baby lagi masa hantar anak saya.
“Video yang viral ni kira video baru sebab tengok sofa pun lain. Dulu sofa panjang tempat dia (pengasuh) duduk tu sebab dia selalu letak anak saya situ kalau masa saya pergi ambil anak lepas balik kerja,” demikian menurut mesej yang mendakwa pengasuh merupakan individu sama.
Mesej yang dihantar oleh seorang pengadu yang mendakwa pernah menghantar anaknya ke rumah pengasuh.
Menurut mesej berkenaan, pengadu dimaklumkan oleh penduduk flat berkenaan bahawa anak kepada pengasuh itu merakam video anaknya.
“Tapi saya tak dapat video tu. Masa dia jaga anak saya memang selalu ada kesan luka cubit kat badan.
“Bila saya tanya dia, kena kuku lah, dia marah kita pula kata tuduh dia dera,” tambahnya lagi sambil menambah pengasuh tersebut disapa sebagai Ibu Ilis.
Pengadu bagaimanapun tidak lagi menghantar anaknya kepada pengasuh terbabit kerana berpindah ke Terengganu pada Julai tahun lalu.
“Lepas pindah baru saya dapat tahu dia dera anak saya. Cuma saya tak ada bukti,” tambahnya.
Mesej yang mendakwa insiden berlaku tahun lalu.
Pengguna Twitter tersebut memberitahu laporan polis telah dibuat pada Disember tahun lalu, namun dakwanya masih tiada tindakan dilakukan.
“Dulu tak ada bukti. Bila dapat bukti, terpaksa viralkan untuk dijalankan secepat mungkin,” katanya.
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, kejadian berlaku ketika wanita berusia lingkungan 50-an itu sedang memakaikan baju bayi.
Masa dia jaga anak saya memang selalu ada kesan luka cubit kat badan. Bila saya tanya dia, kena kuku lah, dia marah kita pula kata tuduh dia dera.
PENGADU
Satu lagi video menyaksikan pengasuh berkenaan menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangannya secara paksa.
Dua lagi video dirakam dari meja makan menunjukkan perakam sedang melakukan kerja sekolah, sambil pengasuh itu dipaparkan sedang memberikan makanan kepada seorang kanak-kanak.
Walaupun tidak kelihatan kanak-kanak di dalam rakaman, hanya tangisan yang kedengaran selepas pengasuh berkenaan beberapa kali dilihat mengetuknya menggunakan sudip kayu.
xPengasuh memukul seorang kanak-kanak mengguna sudip kayu.
Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang enggan dikenali memberitahu, kanak-kanak yang didera kini berada dalam penjagaan ibu bapa mereka.
Menurutnya, insiden dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang.
“Keadaan mereka (mangsa) trauma, takut nak jumpa orang. Terdapat kesan lebam.
“Tak pasti berapa ramai yang didera. Ibu bapa mangsa ada buat laporan polis,” katanya secara ringkas ketika dihubungi.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis