#SEMASA
“bukan tak simpati,tapi…” – Ustaz Kazim ᴅɪᴋᴇᴄᴀᴍ habis-habisan oleh netizen,kononnyatak ada rasa simpati keatas ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ Tangmo

“bukan tak simpati,tapi…” – Ustaz Kazim ᴅɪᴋᴇᴄᴀᴍ habis-habisan oleh netizen,kononnyatak ada rasa simpati keatas ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ Tangmo
ᴛɪɴᴅᴀᴋᴀɴ penceramah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias menegur sikap segelintir pihak yang berlebihan dalam memberi perhatian mengenai kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida mengundang rasa kurang senang netizen di laman sosial.
Gara-gara teguran itu, Ustaz Kazim berkata dia menerima kecaman hebat netizen sehingga ada yang menuduhnya tiada rasa simpati atas ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ aktres berkenaan.
Tampil menjelaskan maksud ceramahnya itu, Ustaz Kazim, 49, memberitahu dia bersuara mengenai isu ini kerana ada segelintir mereka mempercayai beberapa perkara yang boleh menjerumus ke arah menyekutukan Allah SWT.
“Saya nampak kita dah berlebih-lebihan, itu sebab saya tegur. Memang la kita simpati, memang la kita kasihan dengan apa yang berlaku tapi melampau-lampau sampai jadi penyiasat persendirian, leka dalam kesamaran.
“Kedua saya tegur sebab sampai ada percaya satu ʙᴏᴍᴏʜ perempuan yang dirasuk roh si mati kononnya. Fasal apa kita nak percaya, benda tu ꜱʏɪʀɪᴋ Itu sebab saya tegur… dah orang hentam saya bertalu-talu dan kata tak ada simpati. Siapa yang tak simpati?
Ustaz Kazim ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ ᴛᴇɢᴜʀ dalam ceramah.
“Kita ada simpati, tapi nak doakan keampunan dia tak boleh, dia bukan agama kita. Nak doakan Allah cucuri rahmat ke atas dia pun tak boleh, dia bukan Islam… hanya ucap takziah sajalah kepada keluarga dia,” katanya.
Ustaz Kazim menjelaskan mengenai perkara itu menerusi rakaman pendek siri ceramahnya yang dimuat naik di Instagram pada Khamis.
Sebelum ini, menerusi ceramah berlainan Ustaz Kazim berkata ada banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan selain kes kematian Tangmo, tambahan pula umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.
Bagaimanapun teguran itu kurang disenangi dan menjadi perdebatan netizen yang menganggap Ustaz Kazim tidak berperikemanusiaan dan tiada rasa simpati terhadap kes kematian aktres berusia 38 tahun itu.
“Kita tuduh orang sana, orang sini… sampai tak masak kerana menangis, itu yang saya tanya yang meninggal ini anak saudara kamu ke menangis teruk sangat?
ᴋᴇᴍᴀᴛɪᴀɴ Tangmo jadi perbualan hangat netizen di Malaysia.
“Sampai suami tulis (status) wahai isteriku, ku rindu masakanmu. Fasal tak masak duk bincang kes pembunuhan ini. Kita pun tak tahu cerita sebenar duduk diam sahaja sudah,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, Ustaz Kazim berkata ada beberapa nama selebriti tempatan yang tiada kena mengena dengan kes kematian ini turut menjadi perbualan netizen di laman sosial.
Ini selepas timbul beberapa cadangan mahu menerbitkan filem mengenai kematian Tangmo Nida.
“Kemudian boleh pula bagi cadangan nak buat filem, cari pelakon siapa yang sama muka. Siapa nak jadi mangsa, pembantu dia, bekas suami dia, kekasih dia dan siapa jadi datuk gatal tu.
“Akhirnya orang duk kutuk pula nama (pelakon) cadangan datuk gatal tu. Tak fasal-fasal kita berdosa pula dengan hamba Allah itu. Adakah kita saja-saja nak tambah dosa free?
“Memadailah kita serahkan pada pihak berkuasa negara mereka. Pandai-pandai la mereka, kita duduk negeri lain,” katanya.
Untuk rekod, ᴍᴀʏᴀᴛ Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada 26 Februari selepas tiga hari hilang dipercayaiʟᴇᴍᴀꜱ.
ᴍᴀʏᴀᴛɴʏᴀ ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis