#K.DUNIA
“menitik air mata ini,dipertemukan dengan insan mulia ini” – jam 11 malam,budak merayu pada akak untuk borong buah,esok pagi nak guna duit tu untuk sekolah

“menitik air mata ini,dipertemukan dengan insan mulia ini” – jam 11 malam,budak merayu pada akak untuk borong buah,esok pagi nak guna duit tu untuk sekolah
SEORANG budak lelaki terpaksa menjual mangga pada lewat malam ketika kanak-kanak seusia dengannya sedang lena diulit mimpi.
Kegigihannya demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup mengundang sebak seorang wanita dalam satu pertemuan di tepi jalan.
Wanita berkenaan, Natrisya Zainal berkata, dia menemui kanak-kanak berusia sekitar sembilan tahun itu berdekatan Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee di Johor Bahru, Johor pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.
Berkongsi pengalaman, katanya, ketika itu dia bersendirian dalam perjalanan untuk membeli burger di kawasan tersebut.
“Masa saya duduk dalam kereta sementara tunggu burger siap, ada adik ni datang ke kereta. Dia tengok-tengok sebelum saya buka tingkap.
Kanak-kanak itu memerhati kereta Trisya.
Lebih mesra disapa Trisya, katanya, dia dimaklumkan oleh kanak-kanak terbabit bahawa ibunya yang menghantarnya ke kawasan tersebut untuk berniaga buah.
“Dia cakap mak dia hantar, ada adik-beradik di rumah. Saya rasa sebak sebab nampak dia jalan seorang diri pada waktu lewat begitu.
“Ada berbaki sembilan biji mangga yang dia mahu jual kesemuanya. Mungkin dia bawa lebih banyak mangga sebelum itu tetapi sudah terjual.
“Mungkin dia ada target untuk kena habiskan buah yang dijual sebelum boleh balik. Sebab itulah dia merayu untuk saya beli kesemua buah yang tinggal. Tak tahu berapa lama dia berniaga tapi nampak dia cukup penat,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.
Menerima wang hasil jualan mangga.
Menerusi satu video yang dikongsi di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih dua juta tontonan, Trisya membeli kesemua sembilan biji mangga yang berharga RM45.
Dia bagaimanapun memberikan RM50 kepada kanak-kanak itu dengan bakinya untuk tujuan sedekah, sebelum kanak-kanak itu beredar meninggalkan keretanya.
Walaupun ramai yang memuji kegigihan kanak-kanak itu menjual mangga, Trisya yang merupakan usahawa dalam bidang kontraktor bagaimanapun tidak bersetuju anak kecil itu ‘dikerah’ mencari rezeki bersendirian pada lewat malam.
Beredar selepas akhirnya berjaya menjual baki mangga.
“Saya terfikir kenapa sekarang semakin ramai budak berniaga terutama pada waktu malam. Mungkin salah satu sebabnya cara menggunakan budak-budak untuk berniaga lebih mudah.
“Tapi kena fikir keselamatan dan tumbesaran kanak-kanak. Sekarang hidup zaman moden dan negara maju, tapi taraf kehidupan masih balik ke zaman penjajahan Jepun,” ujarnya.
Jelas Trisya, budaya menggunakan kanak-kanak untuk berniaga perlu dihentikan dan ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan memikul tanggungjawab yang sewajarnya.
“Ibu bapa jangan ganggu tumbesaran kanak-kanak, ia secara tidak langsung memberi kesan penderaan mental. Jangan gunakan anak-anak untuk meraih pendapatan keluarga.
“Jika ada masalah sara hidup, cuba fikirkan cara penyelesaian terbaik tanpa mempergunakan anak. Macam adik tu, katanya seawal 6 pagi dia nak bersiap ke sekolah esoknya, saya pasti dia sukar untuk memberi tumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran,” tambahnya.
Natrisya Zainal.
Menurut Trisya, dia menyifatkan kanak-kanak dalam pertemuan singkat itu sebagai petah bercakap, berani dan bijak.
“Dari luar tingkap, dibelek-beleknya dashboard kereta saya. Dia excited bila tengok kereta Audi. Saya ada offer dia untuk naik kereta, tapi dia tak nak.
“Sebak tengok dia tak mahu saya beri duit, tapi dia merayu saya beli mangga yang dijual.
“Lepas jual mangga pada saya, dia beredar dan ada kereta datang jemput di hadapan, mungkin ibunya.
“Saya dalam kereta menangis terkenangkan dia. Saya doakan agar adik tu tak lupakan pelajar dan menjadi orang yang berjaya suatu hari nanti,” kata Trisya yang menyediakan ‘Kasih Ohana’ bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan lampin, keperluan makanan dan susu, termasuk peluang pekerjaan, kelas mengaji dan tuisyen percuma.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH12 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis