Connect with us

#SELEBRITI

Mawi Dedah Pernah Dicium Peminat Wanita,Tak Henti Cakap ‘I love You’,Ini Ceritanya

Published

on

Mawi Dedah Pernah Dicium Peminat Wanita,Tak Henti Cakap ‘I love You’,Ini Ceritanya

Sebut sahaja nama Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pasti ramai masih ingat lagi dengan fenomena Tsumawi yang pernah tercetus suatu masa dahulu menerusi program realiti Akademi Fantasia.

Menurut Mawi, antara momen tidak dapat dilupakan ketika itu dimana dia pernah dicium oleh seorang wanita ketika mengadakan persembahan di Johor Bahru.

Mengakui terkejut dengan situasi berkenaan, Mawi berkata pengalaman itu mengajarnya untuk mengenal dunia seni.

“Ketika saya buat show dekat JB, ada seorang makcik berbangsa India terlepas masuk ke kawasan pengawal.

“Dia datang depan saya, tarik kepala saya dan cium beberapa kali di bahagian dahi. Tak henti dia cakap ‘I love you Mawi’. Memang saya tergamam,” katanya

Difahamkan, kejadian itu diceritakan Mawi menerusi buku autobiografi berjudul Mawi Dalam Lautan Manusia hasil tulisannya sendiri.

Dalam pada itu, Mawi berkata perkongsian autobiografinya itu juga boleh dijadikan panduan serta persediaan untuk mereka yang ingin menjadi selebriti.

“Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Saya yang tulis sendiri sebab merasakan perlu kongsi pengalaman itu. Sesiapa yang mahu jadi selebriti… ia boleh dijadikan sebagai persediaan.

“Ia mengisahkan tentang pengalaman saya menjadi selebriti selepas bergelar juara AF. Bagi saya, pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada,” katanya.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:Rotikaya

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!