#SELEBRITI
Akak KM ‘Sekat’ Normah Damanhuri Di Instagr4m,Risau Ibu Murung Akan Tuduhan Tak Pandai Jaga Anak

Akak KM ‘Sekat’ Normah Damanhuri Di Instagr4m,Risau Ibu Murung Akan Tuduhan Tak Pandai Jaga Anak
SETIAP kali muncul kontroversi membabitkan usahawan kosmetik Kak KM, nama ibunya yang juga pelakon Normah Damanhuri turut terpalit sama. Biarpun beberapa kali sudah ditegur ibunya, namun Kak KM atau nama sebenar Liana Rosli berkata dia tetap meneruskan perkongsian video sensasi di Instagram kerana ia merupakan salah satu bentuk strategi pemasaran.
“Sebenarnya mak dah beberapa kali minta saya berhenti buat video sebab asyik kena kecam tapi saya minta dia rileks. Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya di Instagram tapi baru-baru ni saya buka balik.
“Dia memang pantau apa saya post, lepas tu telefon minta padam tapi saya jelaskan semula apa yang saya buat ini adalah atas urusan kerja dan perniagaan… dahulu kalau mak baca komen netizen, dia jadi down dan murung.
“Sejujurnya emak memang tegur saya hari-hari tapi saya yang degil. Kalau orang kata mak saya tak pandai jaga anak, pergi lantaklah. Kalau kau bagus jagalah anak dan emak kau baik-baik” katanya kepada mStar.
Kak KM tak peduli teguran netizen.
Kak KM ditemui semasa sidang media filem 3 Janda Melawan Dunia yang diadakan di GSC One Utama, Petaling Jaya Selangor pada Khamis.
Sebelum ini, kakak kepada model Ahya ini kerap menerima kecaman netizen kerana aksi dalam video yang dimuat naik di Instagram dikatakan lvcah dan mel4mpau.
Selain itu, video Kak KM menyusukan bayi di tempat awam dan membiarkan dua anaknya merokok turut mengundang rasa kurang senang netizen.
Normah Damanhuri (tiga dari kanan) beri sokongan kepada anak-anak.
Dalam pada itu, usahawan jamu ini memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kecaman yang ditulis netizen kerana perkongsiannya itu atas tujuan perniagaan.
“Netizen yang bercakap tu saya tak kisahlah. Apa video yang viral tu bukan mendatangkan dosa pun. Kita dengan cara kita sebab yang viral tu produk yang saya jual cuma bila kita terangkan tu yang nampak macam lucah.
“Yang kecam pun saya layan baik-baik sahaja, saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Apa yang penting emak dan keluarga faham sudah cukup. Komen-komen buruk tu saya tak layan,” ujarnya.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH1 year ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis