Connect with us

#K.DUNIA

Amyra Rosli Alami Penyakit Misteri,Bengkak Kaki Hingga Susah Nak Jalan,Doktor Pun Kata Tak Tau Punca,Akan Datang Guna ‘Ubat’ Islam

Published

on

Amyra Rosli Alami Penyakit Misteri,Bengkak Kaki Hingga Susah Nak Jalan,Doktor Pun Kata Tak Tau Punca,Akan Datang Guna ‘Ubat’ Islam

PELAKON Amyra Rosli terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta kerana mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian pada tubuhnya selain batuk yang tidak henti.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh suami kepada Amyra iaitu Amar Baharin ketika dihubungi mStar.

“Amyra diberi rehat selama tiga ke empat hari kerana keadaan dia agak teruk sehingga susah untuk berjalan.

“Dia mengalami s4kit sendi dan b3ngkak pada beberapa bahagian dan yang paling t3ruk adalah di kaki.

“Dalam tempoh rehat ini saya akan bawa dia untuk menjalani pemeriksaan lebih lanjut di pusat perubatan atau mendapatkan raw4tan pervbatan Islam.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang harus dilakukan jika Amyra hanya berehat di rumah.

amar baharin 2

Amar dan Amyra bersama dua anak mereka

“Rasanya lebih baik dia ditahan di wad dahulu supaya doktor boleh memantau keadaannya,” jelas Amar.

Terdahulu Amar berkongsi tentang keadaan isterinya itu menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya.

Amar turut memberitahu keadaan itu tidak pernah berlaku kepadanya dan Amyra telahpun menjalani pemeriksaan beberapa hari lalu, namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

“Memang pelik sebab tidak pernah berlaku seperti ini.

“Selepas buat ujian darah, doktor beritahu tidak ada sebarang jangkitan kuman.

“Malah doktor sendiri tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapinya,” katanya.

Sementara itu menerusi perkongsian IG Story Amyra sebelum ini, dia masih meneruskan penggambaran drama seperti biasa.

Bagaimanapun selepas keadaan menjadi semakin serius, dia diberi waktu rehat.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4, dan Ayra Aryssa, 2.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!