Connect with us

#MOTIVASI/TAULADAN

Hafaz 25 Juzuk Al-Quran Dalam Kurang 2 Bulan,Pelajar Dapat ‘Berkah’ Allah Dapat Capai 11A+ SPM

Published

on

Hafaz 25 Juzuk Al-Quran Dalam Kurang 2 Bulan,Pelajar Dapat ‘Berkah’ Allah Dapat Capai 11A+ SPM

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada hari Khamis lepas sudah tentu menghadirkan pebagai kisah-kisah menarik. Kejayaan para pelajar dalam SPM seharusnya diraikan kerana usaha keras mereka yang gigih mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya.

Cemerlang SPM

Salah satu kisah yang boleh dijadikan inspirasi sudah tentu kejayaan pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Gombak iaitu Darwish bin Mokhtar apabila berjaya mendapat 11A+ dalam semua matapelajaran yang diambil.

Berjaya hafaz 25 juzuk dalam 48 hari

Lebih manis lagi, remaja tersebut kini sedang gigih mengorak langkah menjadi seorang huffaz walaupun bermula agak lewat.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh laman Faebook Program Tahfiz Integrasi An Nur, Darwish sudah pun menghafaz 25 juzuk al-Quran dalam tempoh hanya 48 hari sahaja.

Mahu sambung pelajaran ke peringkat yang tertinggi

Tambah penulisan yang diperoleh daripada sumber, walaupun Darwish bakal bergelar Huffaz, dia tetap bercita-cita untuk menguasai bidang perniagaan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Semoga menjadi anak yang soleh

Kejayaan yang dikecapai oleh pelajar tersebut sememangnya memberikan inspirasi buat semua. Dalam memperoleh 11A+ untuk SPM, dia tidak leka dan terus menghafaz al-Quran dengan mengikuti program bergelar huffaz secara singkat.

Kegigihannya boleh dijadikan contoh kerana bukan sahaja membanggakan orang tua malahan boleh dijadikan ikutan para remaja masa kini.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:ProgramTahfizIntegrasiANNur.RedcilliOnline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!