Connect with us

#SELEBRITI

“Hampir2 Saja” – Yana pernah Alami ‘sifat’ Kemurungan Akhir2 Ini,Nasib Baik Rakan2 Ada Bersamanya

Published

on

“Hampir2 Saja” – Yana pernah Alami ‘sifat’ Kemurungan Akhir2 Ini,Nasib Baik Rakan2 Ada Bersamanya

PERNAH melalui fasa tekanan dalam hidup, penyanyi Shalma Eliana meluahkan rasa tersebut dalam sebuah lagu baharu berjudul I Need You.

Enggan mengulas kembali detik pahit yang pernah dialaminya, Shalma, 22, yang kini mahu dikenali dengan nama Yana lebih melihat kepada kepentingan sistem sokongan yang banyak membantu untuk dia kembali bangkit.

“Ilham untuk menghasilkan lagu ini datang ketika saya berada pada satu tahap paling rendah dalam kehidupan.

“Rakan-rakan terdekat yang banyak membantu ketika itu dan ia membuatkan saya sedar betapa pentingnya kehadiran mereka untuk kembali bangkit,” ujarnya.

yana 2

Yana tujukan lagu untuk rakan-rakan.

Istimewa tentang lagu yang diciptanya sendiri ini juga menampilkan rakan-rakan dalam muzik video (MV) di mana rakaman telah dijalankan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kata Yana, ia memudahkan lagi sesi tersebut kerana apa yang dizahirkan terjadi secara semula jadi dan bukannya seperti berlakon.

“Lagu ini menjelaskan betapa penting sistem sokongan dan saya tujukan kepada rakan-rakan.

“Disebabkan itu saya tampilkan mereka dalam MV lagu ini.

“Proses rakaman berjalan lancar dan mudah dilakukan kerana kami tidak perlu berlakon. Semuanya terjadi secara semula jadi,” jelasnya.

yana 4

Menampilkan rakan-rakan sendiri dalam MV I Need You.

Tampil dengan lagu berbahasa Inggeris, Yana berharap ia dapat memikat kelompok baharu pendengar yang percaya akan bakat seninya.

Begitu juga dengan pengenalan nama pentas baharu sekarang ini.

“Secara keseluruhannya hasil lagu ini memenuhi jangkaan saya dan semoga pendengar akan menyukainya.

“Saya juga berharap ia mendapat kelompok pendengar yang baharu,” katanya.

Lagu ini sudah mula dilancarkan di semua platform digital bermula 25 Mac lalu dan MV liriknya boleh ditonton di saluran Youtune Universal Music Malaysia.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!