Connect with us

#K.SEDIH

Ayah Baru Terlibat Kemalangan,Adik ‘runtunkan’ Hati Ramai,Suapkan Ayah Makanan Sambil Tahan Menangis

Published

on

Ayah Baru Terlibat Kemalangan,Adik ‘runtunkan’ Hati Ramai,Suapkan Ayah Makanan Sambil Tahan Menangis

Setiap manusia pastinya tidak dapat melarikan diri daripada ujian kehidupan yang datang tanpa diduga, sama ada masalah kewangan, kesihatan, rumah tangga dan sebagainya.

Lebih meruntunkan jiwa apabila ujian tersebut menimpa di dalam ahli keluarga dan insan tersayang seperti nasib yang dialami oleh keluarga ini.

Bapa terlibat kem4langan

Baru-baru ini tular di media sosial video yang memaparkan kesedihan yang cuba dibendung oleh seorang kanak-kanak lelaki sebaik sahaja mendapat tahu ayahnya terlibat dalam kem4langan.

Dia kelihatan terkejut setelah melihat keadaan ayahnya pulang ke rumah dalam keadaan berbalut, selain bercalar-balar di bahagian wajah.

Memek muka anak lelaki jadi perhatian netizen

Apa yang menarik perhatian warganet apabila melihat memek muka yang dipancarkan oleh budak lelaki tersebut sebaik sahaja ayahnya dilihat menghampiri dirinya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Wawa Jaafar di laman TikTok, dilihat budak lelaki itu mendongak kepala sambil menahan sebak apabila ayahnya datang ke arah menghampiri.

Sebaik sahaja ayahnya itu dilihat berlalu pergi, dia mengelap matanya akibat menahan air mata daripada jatuh

Anak sulung memang macam tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan reaksi kanak-kanak lelaki itu menggambarkan dia seorang anak sulung di dalam keluarga tersebut.

Ini kerana anak sulung dikatakan cuba berlagak kuat daripada menahan kesedihan, sebaliknya hati mereka sangatlah rapuh.

Risau sangat fikirkan keadaan ayah dia

Selain itu, terdapat netizen yang mengatakan jauh di sudut hati budak lelaki itu, dia sangat risau akan keadaan ayahnya, di mana mempunyai balutan bahagian muka dan tangan.

Semoga membesar menjadi anak yang baik

Tidak kurang juga, ramai netizen mendoakan semoga dia menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibu ayahnya dan berhati mulia kelak.

Semoga ahli keluarga tersebut tabah menghadapi dugaan hidup.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:SembangDunia Via TT @wawajaafar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!