#AGAMA
Tergamak Cetak ‘whatthefvck’ pada baju dengan tulisan arab” – Ustazah Tampil,Anggap kreatif tak bertempat(ʙɪᴀᴅᴀʙ)

Tergamak Cetak ‘whatthefvck’ pada baju dengan tulisan arab” – Ustazah Tampil,Anggap kreatif tak bertempat(ʙɪᴀᴅᴀʙ)
SATU pengh1naan yang amat nyata. Begitulah komen Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh mengenai sehelai baju yang tertera perkataan carutan dalam bahasa Arab.
Menerusi perkongsian di Facebook, Sharifah Zahidah menegur pengeluar baju berkenaan yang dianggap bi4dab dan tak peka dengan sensit1viti agama.
“Berderau darah terlihat gambar ini. Satu penghinaan yang amat nyata. Yang tertera atas baju ini adalah perkataan yang ditulis dalam Bahasa Arab, menggunakan tulisan Resm Uthmani iaitu tulisan yang menulis ayat al-Quran dan ditandakan tanda bacaan juga seperti ayat al-Quran.
“Namun, apa yang tertera bukanlah perkataan yang baik melainkan perkataan hina dan carutan what the f**k yang ditulis untuk memberi gambaran seolah-olah ia adalah ayat al-Quran. Atas apa jua alasan, tindakan pencetak dan penjual baju ini amat biadab.
“Pencetak baju, penjual, pengedar, pembeli dan semua yang terlibat nyata bersikap biadap dan tidak sensitif dengan kemuliaan agama Islam sendiri,” ujarnya.
Sharifah Zahidah mengajak orang ramai agar menolak penjualan pakaian tersebut.
Menurut Sharifah Zahidah, bahasa Arab yang sinonim sebagai bahasa kalam suci Allah tidak wajar digunakan atas tujuan sedemikian.
“Pertama sekali, mengapa harus mempromosi carutan pada pakaian? Sudah habiskah perkataan elok dan idea kreatif yang boleh dijadikan hiasan?
“Keduanya, kenapa ianya ditulis di dalam bahasa Arab? Bahasa yang Allah muliakan dalam agama Islam. Bahasa yang dipilih Allah sebagai medium firman-Nya yang Maha Mulia.
“Ketiganya yang paling ketara, mengapa perlu meniru tulisan al-Quran Rasm Uthmani siap bertanda lagi dengan tanda bacaan yang sekali pandang memang nampak persis al-Quran walhal tulisan itu tidak lain hanyalah sebuah carutan,” ujarnya lagi.
Dalam teguran sama, guru pengajian al-Quran dan bahasa Arab itu mengajak orang ramai agar menolak penjualan pakaian tersebut.
“Ini bahana apabila semua benda nak dibuat keunikan sampai kejahilan dan penghinaan juga mahu ditafsirkan sebagai kreativiti dan unik. Unik dan kreatif itu lain. Bodoh dan biadap itu juga lain.
“Tindakan menjual pakaian sebegini adalah amat tidak wjar dan harus mendapat tentangan walau apa jua alasan si peniaga yang menjual.
“Nastaghfirullah wanatubu ilaika ya Allah… Ya Rabb, lindungi kami dan zuriat kami daripada memperolokkan agama dan kalammu. Ini saja sekecil-kecil usaha dan selemah-lemah iman kami cuba mempertahankan dan membela agamamu,” ujar penceramah itu lagi.
Perkataan mencarut yang ditulis dalam Bahasa Arab, menggunakan tulisan Resm Uthmani.
Dalam perkongsian berkenaan, Sharifah Zahidah menunjukkan foto pakaian tersebut yang sedang tergantung di atas rak dalam sebuah kedai.
Bagaimanapun, lokasi kedai tersebut tidak dapat dipastikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar tindakan pengeluar pakaian tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam.
“Masih tak boleh fikir, dari mana hamba Allah ni dapat keberanian edit, cetak dan jual baju macam ni.
“Kalaulah tak dihuraikan macam ni, saya pun tak perasan apa maksud yang ditulis. Terima kasih atas penjelasan.
“Allahuakhbar, mengapa mereka sangat biadab begini?
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi11 months ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH3 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa11 months ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi11 months ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama12 months ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH3 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa10 months ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa10 months ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis