Connect with us

#AGAMA

Meniti Jalan Kehidupan Baru Iaitu Salah Seorang Umat Islam,Daud Kim Segak Pakai Ihram,Sekarang Jalani Ibadah Puasa Di Makkah/Madinah

Published

on

Meniti Jalan Kehidupan Baru Iaitu Salah Seorang Umat Islam,Daud Kim Segak Pakai Ihram,Sekarang Jalani Ibadah Puasa Di Makkah/Madinah

daud kim 2

TIADA apa yang dapat dikatakan selain memanjatkan syukur kepada Allah apabila dijemput menjadi tetamu-Nya di Makkah.

Demikian antara luahan YouTuber mualaf terkenal dari Korea Selatan, Daud Kim yang kini sedang menjalani ibadah puasa di Tanah Suci.

Kata Daud Kim, dia bersyukur diberi kesempatan untuk menziarahi Kota Suci Makkah selepas tiba di Madinah, awal April lalu.

“Akhirnya saya sampai ke Makkah. Saya insan paling bertuah kerana Allah pilih dan bawa saya ke sini… MasyaAllah.

“Terima kasih Allah, terima kasih beri peluang untuk saya hadir ke kota paling suci dalam dunia. Saya doakan semua saudara Muslim.

“Moga Allah ampunkan d0sa kita, moga Allah terima doa kita,” ujarnya sambil berkongsi foto di hadapan Kaabah.

Daud Kim turut berkongsi beberapa video, memaparkan aktiviti yang dilakukannya di Madinah dan Makkah.

Daud Kim berbuka puasa dengan penduduk tempatan di sana.

“MasyaAllah seronok tengok kamu dengan pakaian ihram. Moga Allah menerima doa kita semua,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Daud Kim mempunyai 3.21 juta subscribers di YouTube dan 1.7 juta pengikut di Facebook.

Sebelum ini, nama Daud Kim pernah hangat apabila timbul dakwaan dia mengambil minuman beralkohol serta mendera isterinya.

Namun, Daud Kim menafikan tuduhan itu termasuklah menepis fitnah yang mendakwa dia mempergunakan kisahnya menganut agama Islam untuk kemasyhuran dan wang.

daudkim

Daud Kim turut berkongsi beberapa video kunjungannya di sana menerusi Faceb0ok dan Y0uTube.

Selain berbuka puasa dengan penduduk tempatan, Daud Kim turut mengambil kesempatan untuk menziarahi beberapa lokasi dan menyantuni kanak-kanak.

Video-video sepanjang dia di sana turut dikongsi menerusi laman YouTube dan Facebook.

Rata-rata pengikut Daud Kim turut meninggalkan komen positif, mendoakan agar segala urusannya di Tanah Suci dipermudahkan.

“Alhamdulillah. Semoga kamu dikurniakan umrah yang mambrur dengan kejayaan di dunia dan akhirat.

“Moga Allah permudahkan urusan umrah kamu dan menerima doa dan amalan kamu, Amin.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:Mstar

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!