Connect with us

#K.DUNIA

“2 beradik diD3ra” – hal Luar Dibawa Pada ‘Kanak2’,2 Beradik Mangs4 Der4 Oleh Ibu kandung Sendiri

Published

on

“2 beradik diD3ra” – hal Luar Dibawa Pada ‘Kanak2’,2 Beradik Mangs4 Der4 Oleh Ibu kandung Sendiri

Cikgu Fadli Salleh sering kali berkongsi kisahnya bersama anak murid yang kurang bernasib baik.

Terbaru, beliau berkongsi perkembangan Aimi dan Alia yang pernah dibantunya untuk bersekolah semula.

Mari ikuti perkongsian beliau.

Guess what? I’m with Alia and Aimi right now.

Kami nak keluar shopping persiapan persekolahan Alia dan Aimi ni. Sebaik aku sampai, aku call Alia, “Cikgu dah sampai.”

Dari tingkat 7 flat ni mereka berlari keluar dan menjerit, “Yeayyy. Cikgu datang.” Sampai ke bawah dengar jeritan keterujaan mereka.

Sebaik jumpa, mereka bersalam dan terus tak sabar-sabar bercerita,

“Adik dapat nombor 23. Kakak pula dapat nombor 8. Esok hari report card.”

Wahhh. Teruja betul aku. Anak berdua ini dua tahun tak ke sekolah akib4t dikrung dan did3ra. Baru masuk sekolah bulan 7 baru ni, terus dapat keputusan yang baik.

3 bulan je sekolah setelah 2 tahun men1nggal al4m persekolahan, mereka dapat catch up dengan cepat. Potensi anak-anak ini sungguh besar!

Yang belum pernah baca kisah Alia, ready sekotak tisu.

Tidvr dalam bilik air

“Cikgu, saya tidur dalam bilik air hampir setiap malam. Kena basuh baju 5 orang guna tangan. Adik saya pula tidur kat luar atas simen,” kata Alia sambil tersenyum.

Demi Tuhan aku tidak pernah sebak seperti hari ini. Dah banyak kes aku santuni, kes Alia paling meruntun hati.

Perlahan dia sel4k kaki seluarnya dan kata,

“Cikgu. Ni parut kawan mak cucuh dengan besi panas.”

“Sakit tak?” tiba-tiba terp4ncul soalan bodoh dari aku.

Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Senyumannya manis sungguh. Senyuman paling manis aku pernah saksikan.

Senyumannya itu merobek hatiku. Terasa dikoyak-koyak, terasa dicarik-carik hati ini.

Betapa dia menerima semua dugaan ini dengan senyuman dan ketab4han. 2 tahun bukan satu tempoh singkat. Did3ra ibu dan pasangan ibu sendiri (pengkid).

Hari ini, p0lis berjaya mengesan adik perempuannya yang berusia 10 tahun. Punya la neneknya lega bila adiknya dapat disel4matkan.

Dan si p3ngkit cel4ka itu dit4ngkap p0lis. Pengkid itulah yang banyak kali mencucuh Alia dan adiknya dengan besi panas.

Pernah mer0tan badan mereka bukan hanya di kaki, bahkan badan dan kepala. Ya, kepala pun pernah dir0tan.

Entah apa d0sa anak kecil yang comel ini.

Si ibu masih beb4s. Namun aku percaya tidak lama. Sehari dua lagi pasti akan ditangkap juga. Kisahnya begini…

Ibu dan ayah Alia berc3rai 2 tahun lepas. Hak penjagaan dapat kepada ayah Alia dan mereka tinggal di rumah neneknya.

Ramadan 2017, si ibu datang kata nak mel4wat Alia dan adiknya untuk berbuka puasa.

Namun sebaik keluar rumah, bayang mereka tidak lagi kelih4tan. Alia kini berusia 13 tahun. Adiknya pula 10 tahun. Badannya kurvs keding dan kecil bagai bud4k darjah 5. Allahu, sedihnya tengok fizikal dia.

Alia ini murid bijak. Pernah mendapat tempat pertama dalam kelas semasa tahun 4. Namun sejak dilarikan ibu kandung, dia dan adiknya tak bersek0lah.

Adiknya pun murid yang pintar. Namun nasib mereka berdua dilarikan oleh ibu yang tak bertanggngjawab. Tidak lagi bersekolah sejak itu.

Bahkan i/c Alia pun ibunya tidak buatkan meskipun usianya dah mencecah 13 tahun. Kej4mnya.

Ibunya ada kawan (pasangan). Seorang pengkid. Si p3ngkid durj4na inilah paling banyak mend3ra mereka.

Ibu kerja direct selling sahaja. Menyewa bilik bersama pasangan durj4na dan Alia serta adiknya.

Bertahun hidup dengan sengsara, sampai beberapa hari lepas, Alia berjaya mel0loskan diri dan lari ke rumah neneknya. Terus neneknya bawa ke b4lai p0lis dan lap0rkan k3s pend3raan ini.

Bila dip3riksa dan ternyata ada kesan d3ra yang berparut ditubuhnya.

Serbvan p0lis semalam tak berjaya menjumpai adiknya. Namun hari ini, adiknya pula dapat disel4matkan dan si pengk1d durj4na dapat dit4ngkap.

Tahniah P0lis diRaja Malaysia…

Aku meluangkan masa lebih kurang 20 minit bersama neneknya dan Alia. Banyak cerita yang mereka kisahkan pada aku.

Setiap cerita yang Alia bagitahu, semuanya dalam senyuman. Ah anak. Tabah sungguh hatimu.

Senyumanmu itu sangat-sangat mem1lukan. Kerana aku tahu kau menyorok 1001 kisah dvka dan derita disebalik senyuman manismu.

Seronok Alia bila aku hadiahkan buku-buku tulisan aku. Dia sangat suka membaca. Sangat!

“Alia. Ini untuk Alia tau. Ada cikgu tulis kata-kata semangat dalam ni. Bacalah. Dan ini nombor telefon cikgu. Ada apa-apa masalah, telefon cikgu ya!”

Alia mengangguk tanda faham

Sebelum aku pergi, dia hulur tangan untuk bersalam. Dikucup tanganku penuh ikhlas. Dia senyum dan tatap mata aku dalam-dalam.

“Cikgu. Terima kasih. Terima kasih.”

Ya Tuhannn… Hampir saja air mata aku jatuh. Sedaya upaya aku telan setiap titisan air mata.

Aku perlu kvat depan Alia. Aku patut memberinya semangat. Aku hendak dia tahu aku seorang yang boleh dia harap saat sem4ngatnya hil4ng.

Demi Tuhan, aku sangat ingin memeluk dia saat itu. Jika tidak kerana tegahan agama, anak ini pasti aku peluk erat-erat.

Matanya itu, senyumannya itu, raut wajahnya, memberi perasaan seb4k yang sangat.

Aku hanya mengangguk-anggvkkan kepala sahaja lantas beredar. Aku tidak lagi boleh duduk lama kerana takvngan air mata hampir tak boleh dit4han lagi.

Alia. Terus kuat. Terus tabah. Bacalah buku-buku cikgu. Ada semangat untukmu dalam buku-buku itu.

Alia. Kamu simpan nombor cikgu. Jangan malu jangan s3gan untuk hubvngi untuk apa-apa sekali pun.

Alia. Kamu terus ku4t dan tab4h. Doa cikgu sentiasa ada bersama.

Alia. Kamu akan baik-baik saja. Tenanglah. Senyumlah.

Alia. Cikgu bukan sesiapa. Namun cikgu akan selalu ada. Sentiasa. Ingat tu.

Makan nasi kosong tanpa lauk

“Kurusnya awak. Umur dah 13 tahun, tapi berat 20kg je. Awak makan apa masa mak jaga?”

“Saya makan nasi kosong tanpa lauk cikgu. Tu pun Babah (p3ngkid) bagi sikit je. Dua tiga suap je sekali makan,” balas Alia.

Aku perhati jarinya kel3ngkingnya. Agak aneh jari itu kerana tak lurus.

“Kenapa dengan jari awak?”

“Tak boleh lurus cikgu. Leng4n pun sama. Agaknya kes4n lama duduk dalam bilik air,” pantas neneknya menjawab.

Termenung aku mendengar jawapan itu. Apa ke kejam manusia sebegini rupa. Nasi kosong dihid4ng pada budak sebesar ini dan dikurung dalam bilik air saban hari.

Dia bercerita bagaimana dia mengumpil pintu bilik sedikit demi sedikit setiap hari. Bila ibu dan babahnya perasan, dia dipukul. Dirotan. Dicucuh dengan besi panas membara. Rambutnya dip0tong sesuka hati. Tombol pintu ditukar baru.

Entah berapa gel3n air mata aku telan semasa mendengar kis4hnya.

Namun Alia tak meng4lah. Anak kecil ini penvh bersemangat mengumpil pintu lagi sehingga suatu hari usahanya berjaya.

Pintu itu terbuka semasa tiada orang di rumah. Terus Alia ambil kesempatan melarikan diri dengan perut kel4paran dan tiada duit dalam poket.

Merayau dia kemudian meminta sedekah dari orang yang lalu lalang. Mujur ada yang kasihan beri dia sedikit wang. Dia gunakan duit itu untuk membeli makanan sebelum terpaksa meminta sedekah lagi untuk pulang mencari neneknya.

Ada insan yang baik hati berinya sedikit duit. Lepas la dia naik lrt menuju ke suatu tempat persinggahan yang tidak jauh dari rumahnya.

Berjalan kaki dia menuju ke rumah nenek. Sebaik sampai pintu diketuk, salam diberi. Neneknya membuka pintu dan keh4iranan siapa bud4k kurus di depan rumahnya.

Neneknya gagal mengenalinya kerana sangat ketara perubahan fizikal Alia.

“Nenek. Ini kakak,” katanya lantas mem3luk neneknya.

Berpelvkan mereka berdua dengan jur4ian air mata umpama air sungai yang mengalir.

Ah. Setiap patah perkataan yang Alia ungkap, aku dapat bayangkan umpama aku berada di situasi itu. Sebaknya ya tuhan…

“Cikgu. Tengok ni,” katanya seraya menunjukkan tangannya.

“Ni kes4n apa?”

“Mak dan babah rotan. Kat pingg4ng ada juga. Kepala saya pun masih sakit lagi kena ketuk dengan r0tan buluh,” katanya perlahan.

Aku hilang kata-kata. Tidak tahu nak beri reaksi macamana.

Agaknya dia peras4n aku tengah men4han sebak, Alia tukar t0pik perbualan.

“Cikgu. Alia dah baca sedikit buku cikgu. Best! Tapi ada juga yang sedih. Nenek pun men4ngis baca,” katanya sambil tersenyum.

“Wah. Alia suka ya?”

Kepala diangguk-anggukkan.

“Alia nak sekolah?”

“Nak cikgu.”

“Nanti Alia dah sihat, cikgu belikan Alia baju baru, kasut baru, beg baru, alat tulis dan semua benda.

Semua benda cikgu akan tanggung. Semua benda cikgu akan belikan baru. Alia nak tak?”

“Nak, cikgu.”

Bersinar sinar matanya memandang aku. Perasaan gembira dan seronok dia tak mampu dis0rok lagi.

Bahagia betul aku melihat mata yang bersinar-sinar gembira itu.

“Cikgu,” panggilnya perl4han.

“Apa?”

“Cikgu dah tulis banyak buku kan?”

“Tak ada la banyak sangat. Tujuh naskah semuanya. Kenapa? Awak minat menjadi penulis?”

Tiada jawapan. Wajahnya malu-malu. Kepala dianggukkan sambil memandang lantai.

Wah! Seronok betul aku

“Bagusnya. Alia pasti boleh menjadi penulis yang hebat nanti. Alia lalui pengalaman yang jarang orang ada. Cikgu pasti Alia akan berjaya menjadi penulis yang hebat nanti. Alia belajar rajin-rajin nanti tau. Nanti cikgu ajar Alia menulis ya,” balasku.

Matanya terus memandang tepat ke dalam mataku. Bersinar penuh harapan. Senyuman manis menguntum dibibir dan kepala dianggukkan berkali-kali.

Ah anak. Jiwa kau sungguh kuat. Sangat…

Dalam situasi sekarang pun kau masih berfikir untuk belajar, untuk menulis, menanam cita-cita dan untuk terus melangkah.

Sebelum beredar, Alia menghulur tangan untuk bersalam. Tanganku dikucup penuh hormat. Kemudian dia sandarkan kepalanya didada aku. Saat ini memang aku sangat sebak.

Aku gosok kepalanya dan doakan yang baik-baik untuk dia.

Saat itu aku lihat kolam matanya pula bertakung.

Aku tak hendak melihat hujan diwajah saat langit tidak mendung. Kerana aku sendiri pun menahan diri sepenuh hati, lantas aku pusing dan berlalu pergi.

Tuhan, aku tahu aku banyak dosa. Namun aku ingin bermohon padaMu agar menjaga anak ini dan rahmati dia.

Limpahi hidupnya dengan kegembiraan dan kasih sayangMu. Amin.

Ada parut kesan rotan

“Cikgu. Inilah adik Alia. Aimi,” ujar neneknya sebaik aku sampai.

Terus aku mendekati Aimi. Dia menghulur tangan untuk bersalam. Dikucup tangan aku penuh hormat.

Aku pegang tangannya yang kecil itu. Ada parut kesan rotan juga.

“Siapa buat?” soalku perlahan.

“Babah,” balasnya pendek.

Sayu aku menatap wajah comel Aimi. Wajahnya redup, senyumannya manis sekali. Sama seperti senyuman Alia.

“Awak tidur kat mana setiap malam?”

“Atas simen luar bilik air cikgu.”

“Pernah kena cucuh dengan b3si panas?”

Kepala dianggukkan. Dia menunjukkan k3san pada k4kinya. Kemudian dia selak bajunya menunjukkan parut yang masih baru dipingg4ng dan bel4kang badan.

Allahu…

Anak sekecil ini, sanggup diperlaku sekejam itu. Apa dosanya?

Badannya kurus dan kecil. Tanda tidak cukup khasiat. Dan badan kecil ini dipaksa tidur atas simen sejuk setiap malam?

Dua tahun bukan tempoh yang singkat. Dua tahun dinafikan hak. Dua tahun tidak makan sedap-sedap. Dua tahun diperlakukan tidak seperti manusia biasa.

Aku ubah topik perbualan. Cukuplaj bertanya tentang pengalaman pahitnya. Aku tunjukkan buku yang aku bawa. Naskah buku terbaru tulisan aku dan bertanya,

“Awak pandai baca?”

Dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala.

Memandangkan Aimi sudah dua tahun tak ke sekolah, aku cuma tunjuk perkataan ‘GURU’ yang ada dikulit buku dan minta dia eja.

“Cuba Aimi eja cikgu nak dengar.”

“Lagi-Lagi Cerita Bilik Guru,” jawabnya lancar.

Terkejut aku. Aku minta dia eja satu perkataan tapi dia baca tajuk buku dengan lancar.

Nenek dia pandang aku dengan senyuman dan berkata,

“Cikgu, waktu dia darjah 2 dulu dia dapat nombor satu dalam kelas. Dia murid yang pandai.”

Patutlah. Jernih dan bijak air mukanya. Rupanya memang bijak budaknya. Sebijak Alia juga.

Tapi sayang, sudah dua tahun haknya sebagai kanak-kanak dan murid tidak diberi. Sudah dua tahun dia meninggalkan alam persekolahan. Aku berharap, dia pantas mengejar silibus bila masuk ke sekolah semula nanti.

Ralit dia membelek buku aku helai demi helaian. Dia nampak kepenatan, maklumlah, satu hari yang penuh dengan bermacam kisah dia lalui.

Tidak lama kemudian, Aimi terlena. Tidur dengan nyenyak sekali.

Semoga kau mimpikan yang indah saja, anak. Hidup kamu penuh ranjau dan onak.

Namun cikgu sangat bersyukur kamu ditemui dengan sel4mat. Dan keluar keluar dari neraka dunia t4npa c4cat.

Alia. Aimi. Sentiasa ingat. Sebesar mana ujian kita, ada lagi yang lebih berat.

Alia. Aimi. Kena selalu ingat. Hidup ini bukan hanya tentang kita. Hidvp ini sentiasalah menyeb4rkan cinta.

Alia. Aimi. Hari ini kita dibantu. Hari esok bila ada kem4mpuan, bantulah orang lain pula. Menghulur tangan pada yang dalam kesus4han itu amalan mulia.

Sesungguhnya Tuhan tak hanya m3nguji kalian. Bahkan Tuhan turut menguji kami yang ada disekeliling ini. Apa kami ambil peduli atau biarkan saja.

Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:MajalahUtusan

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!