#SEMASA
Adik Tenang Dijaga Oleh Abangnya Tapi Pih4k Masjid keluarkan Not1s Angkara Mereka?

Adik Tenang Dijaga Oleh Abangnya Tapi Pih4k Masjid keluarkan Not1s Angkara Mereka?
KEHADIRAN kanak-kanak di masjid mungkin mewujudkan suasana riuh rendah dek hilai tawa dan teriakan mereka, mahupun t4ngisan si kecil.
Keadaan itu boleh menimbulkan rasa kurang dalam kalangan jemaah kerana menj3jaskan tumpuan untuk beribadat.
Namun, situasi berbeza di sebuah masjid di Jitra, Kedah, apabila seorang kanak-kanak dilihat berbaring bersebelahan dengan seorang bayi dipercayai adiknya ketika bapanya sedang menunaikan solat tarawih.
Menerusi satu perkongsian yang tular, hantaran ‘kasih seorang abang kepada adik’ meruntun jiwa netizen.
Hantaran yang dibuat pihak masjid.
“Sepanjang solat tarawih berlangsung, si abang sentiasa berada di sisi menjaga dan menenangkan adiknya sementara menunggu ayahnya selesai solat.
“Semoga Allah mengurniakan si anak dengan kebaikan dan keberkatan mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan berada di rumah Allah,” tulisnya.
Bagaimanapun perkongsian dengan beberapa foto memaparkan dua beradik itu yang dimuat naik di Facebook Masjid Sharifah Fatimah itu terpaksa dipadamkan.
Susulan itu, pentadbir akaun Facebook berkenaan tampil memberi penjelasan berhubung situasi berkenaan.
Kedua-dua beradik ini tidur di barisan belakang saf sementara menunggu bapanya sudah solat.
Menurutnya, mereka menerima teguran daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pihak berwajib berhubung tindakan jemaah membawa bayi ke masjid.
“Sedikit makluman khusus kepada anak kariah dan jemaah sekalian, pihak masjid mendapat nasihat daripada pihak KKM dan pihak berwajib agar jemaah tidak membawa bayi ke masjid kerana risiko tinggi jangkitan di dalam perkumpulan orang ramai.
Timbul pelbagai reaksi dalam kalangan netizen berhubung teguran yang menyifatkan bayi sebagai kumpulan berisiko tinggi untuk dibawa ke masjid.
Antara warganet yang mempertikaikan nasihat KKM.
“Kat masjid mudah Covid-19 mai (merebak) lagi-lagi pada bulan puasa. Mereka (Covid-19) tak pergi bazar dan pusat beli-belah sebab habis duit.
“Pasar dan pusat beli-belah pun tak boleh bawa bayi la kalau macam tu?.
“Kat masjid tak boleh bawa, kalau nak bawa kena pergi ke bazar atau ekspo,” demikian luahan netizen.
Namun terdapat juga beberapa netizen yang ‘menyeru’ orang ramai untuk mengabaikan nasihat dan SOP yang dikeluarkan KKM.
KKM keluarkan SOP baharu solat jemaah di masjid tanpa penjarakan fizikal. – Gambar hiasan
“Teruskan. Allah melindungi anak-anak di rumahnya… jangan diikutkan sangat dengan dakyah pihak yang kurang imannya.
“Tiada siapa nak mengasuh kat rumah. Semua tempat dah kami bawa, ibu bapa nak pergi solat lebih bahaya tinggal anak-anak di rumah,” ujar segelintir netizen lagi.
Bermula 1 April lalu, kerajaan membenarkan solat berjemaah dilakukan tanpa penjarakkan fizikal di semua surau dan masjid selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik.
Kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi11 months ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH3 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa10 months ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi11 months ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama12 months ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH3 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa10 months ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa10 months ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis