Connect with us

#K.SEDIH

[Video]sebak kerana terlalu rindu pada arwah ibu,anak tiri ᴍᴇʀᴀᴜɴɢ keesakan atas pemergian ibu yang sangat ‘terasa’

Published

on

[Video]sebak kerana terlalu rindu pada arwah ibu,anak tiri ᴍᴇʀᴀᴜɴɢ keesakan atas pemergian ibu yang sangat ‘terasa’

Kehadiran seorang insan bernama ibu merupakan satu rahmat yang tidak boleh disia-siakan. Mana tidaknya, dialah antara individu yang bertanggungjawab dalam menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang. Pun begitu, tidak semua orang berpeluang merasai moment indah berkenaan kerana ada yang sudah kehilangan nikmat itu sejak dari kecil lagi.

Sama seperti yang dialami oleh kanak-kanak ini apabila turut diuji dengan ketiadaan salah seorang penjaganya. Menerusi perkongsian qasyrious di laman TikTok, kejadian tersebut berlaku pada 1 Syawal ketika dia dan anak tiri melawat ke pusara ibu si kecil itu. Namun, apa yang mencetuskan sebak apabila budak berkenaan dilihat menangis teresak-esak kerana terlalu rindukan Allahyarhamah.

Sebelum tiba di kawasan itu, wanita berkenaan sempat terkejut apabila si comel berkenaan seakan-akan tahu lokasi pusara tersebut walhal tidak pernah memberitahunya sebelum ini. Katanya, umi kepada budak perempuan yang bernama Sumayyah telah ‘pergi’ ketika usia anaknya baru mencecah 2 tahun akibat barah. Biarpun hanya berstatus ibu tiri, namun dia bersyukur dapat membesarkannya seperti zuriat sendiri.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata netizen turut ikut sebak mengenangkan detik sukar yang dilalui oleh kanak-kanak itu. Malah, mereka juga berharap agar dirinya mampu membesar menjadi anak yang solehah.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:KisahDunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!