Connect with us

#SEMASA

Hari peng3bumian telah tiba untuk arwah nabil Haikal,PU Riz turut hadir selesaikan tugasan ‘pilu’ ini

Published

on

Hari peng3bumian telah tiba untuk arwah nabil Haikal,PU Riz turut hadir selesaikan tugasan ‘pilu’ ini

Pemergian 5 sahabat akibat nahas yang menimpa mereka di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara sememangnya cukup berbekas dalam kalangan rakyat Malaysia.

Selepas beberapa hari urusan mengenalpasti mangsa dijalankan, akhirnya kesemua jenazah mangsa selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Selepas jenazah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21 dan Ahmad Akmal Bin Ahmad Mokhlis dikebumikan semalam, pagi tadi tiga lagi jenazah iaitu Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22 dan Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19 pula diuruskan oleh ahli keluarga masing-masing.

Baca Yasin dan bantu cangkul tanah

Dalam perkongsian salah seorang ahli keluarga allahyarham Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, kelihatan pendakwah selebriti, Haris Ismail turut sama membacakan Yasin di kediaman arwah dan membantu mencangkul tanah di tanah perkuburan.

Hadir ke rumah allahyarham

Menerusi muat naik di akaun TikTok mywaaruslan2802, suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu hadir serba putih dan menyertai ahli keluarga serta orang ramai membaca Yasin untuk arwah.

Dalam posting yang dilakukan oleh Facebook Siti Nurhafiza Nordin, dapat dilihat Haris memegang cangkul dan membantu menggembur permukaan pusara milik arwah Nabil Haikal.

Haris turut berkongsi lokasi keberadaannya ketika ini dengan memuat naik Insta Story menunjukan papan tanda Sungai Mahang.

Jenazah selamat dikebumikan

Sebelum ini, jenazah Nabil Haikal telah disolatkan di Masjid Permaisuri Bainun Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebelum dibawa pulang ke kediamannya.

Jenazah allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Batang Benar, Nilai kira-kira jam 9 pagi tadi.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:CM Via BernamaTV

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!