#K.DUNIA
makcik tak sanggup lagi dicari ‘Ahlong’,Jalan dari kedah cari Nadzim,kesedihan yang turut ‘terl0ntar’ pada wajah seorang ibu,malah bukan dia yang minta duit pada mereka

makcik tak sanggup lagi dicari ‘Ahlong’,Jalan dari kedah cari Nadzim,kesedihan yang turut ‘terl0ntar’ pada wajah seorang ibu,malah bukan dia yang minta duit pada mereka
Kuala Lumpur: Biarpun mempunyai wang yang hanya cukup untuk membeli tiket bas dari Kedah ke Kuala Lumpur, seorang wanita sanggup mengambil risiko ke ibu negara kelmarin semata-mata mahu membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana tidak tahan diganggu along.
Semuanya gara-gara kesukaran hidup dihadapinya ketika Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini yang menyebabkan perniagaan kuih secara kecil-kecilan meng4lami masalah.
Kesempitan hidup menyebabkan Syaza, 40-an, mengambil keputusan untuk membuat pinjaman dengan pemberi pinjam wang ‘berlesen’ yang dihubungi selepas melihat iklan di Facebook.
“Baru-baru ini saya berdepan kesukaran hidup yang tidak pernah saya bayangkan.
“Sebelum ini saya memperoleh pendapatan kira-kira RM60 sehari hasil jualan kuih di beberapa kilang di Kedah. Selepas itu hidup saya diganggu dan along turut datang mengugut sehingga di rumah.
“Kerana terlalu bimbangkan keselamatan anak-anak, saya nekad beli tiket bas, datang ke Kuala Lumpur untuk meminta bantuan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan, kerana saya sudah tertekan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Sebaik tiba di ibu negara, dia terus ke pejabat PPIM di Keramat Hujung dan kemudian menemui Nadzim di pejabat Ketua Aktivis.
Sambil menahan kesedihan, Syaza berkongsi kisahnya yang terpaksa menggunakan wang yang ada dalam simpanan untuk membeli tiket bas ke ibu negara hanya kerana bimbangkan keselamatannya dan mahu meminta perlindungan.
Sementara itu Nadzim berkata, pihaknya akan membantu Syaza menyelesaikan kes berkenaan dengan mengambil kira jumlah yang diperoleh daripada pinjaman itu.
“Kita dimaklumkan pinjaman yang diluluskan tak sampai RM1,000 namun along terus mendesak untuk peminjam ini melunaskan hutang walaupun ada yang sudah dijelaskan.
“Semakan kita mendapati, ada lebih daripada lima orang along terbabit dan rangkaian ini berselindung di sebalik nama kredit komuniti dan aktif mengiklankan tawaran mereka di Facebook,” katanya.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:SD Via HarianMetro
-
Motivasi12 months ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH5 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa12 months ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi12 months ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama1 year ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH4 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa12 months ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa12 months ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis