Connect with us

#K.SEDIH

hanya Allah yang dapat faham perasaan mereka,Ibu bapa ‘pergi’ atas ᴋᴇᴍʟᴀɴɢᴀɴ ɴɢᴇʀɪ,tinggal 4 beradik tertinggal dan masih tak tahu sudah jadi ‘yatim’

Published

on

hanya Allah yang dapat faham perasaan mereka,Ibu bapa ‘pergi’ atas ᴋᴇᴍʟᴀɴɢᴀɴ ɴɢᴇʀɪ,tinggal 4 beradik tertinggal dan masih tak tahu sudah jadi ‘yatim’

“Munirah nak balik rumah, nak balik rumah”. Itu rintihan Munirah Mohd Padzil, 6, sebaik mengetahui kedua ibu bapanya Mohd Padzil Rashid, 50, dan Masmiwaza Mohd Noor, 42, men1nggal dunia dalam kejadian kem4langan di Alor Punti, Pendang, Sabtu lalu.

Perkara itu diceritakan ibu saudara mereka, Ruslina Rashid, 48, ketika ditemui pemberita di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, pada Selasa.

Katanya, sebaik dimaklumkan berita itu, Munirah terus sebak dan men4ngis teresak-esak.

“Munirah hanya cakap mahu balik rumah, saya ingat dia masih tak percaya berita itu tetapi selepas dipujuk, dia dapat menerimanya walaupun sukar,” katanya.

Abang Munirah, Muhammad Asyraf, 11, terus menangis sebaik mengetahui berita itu, katanya.

Ruslina berkata, dalam pada itu Masyitah, 12, dan Muhammad Akmal, 11, sehingga kini masih belum dimaklumkan mengenai berita sedih itu kerana berada dalam keadaan lemah.

“Sebelum ini kami rahsiakan demi menjaga emosi mereka, tetapi selepas berbincang dengan ahli keluarga dan doktor, kami perlu memaklumkan perkara sebenar, cuma Muhammad Akmal yang berada di Unit Rawatan Rapi dan Masyitah belum dimaklumkan,” katanya.

Seorang lagi ibu saudara, Muzaini Mohd Noor, 45, berkata, buat masa ini semua anggota keluarga sepakat untuk menjaga kelima-lima anak saudara mereka sebelum memikirkan siapa yang berhak untuk penjagaan sepenuh masa.

“Kedua-dua belah di pihak perempuan dan lelaki bersedia menerima dan menjaga anak-anak ini, tetapi buat masa ini biarlah mereka sembuh dan terserah kepada mereka untuk menetap dengan siapa yang mereka mahu nanti.

“Kami tidak mahu mereka terpisah antara satu sama lain dan saya sendiri pun sedia menjaga mereka,” katanya.

Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Wanita, Keluarga, Kebajkan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani Kedah Datuk Suraya Yaacob hari ini melawat kelima-lima beradik itu di wad HSB pada Selasa.

Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) akan memantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa termasuk mendapatkan khidmat kaunseling untuk mereka bagi menghilangkan trauma akibat kejadian itu.

“Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk menempatkan Masyitah ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kepala Batas bersama kakaknya Maisarah dan membantu memindahkan sekolah anak-anak yang lain jika perlu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Suraya berkata, seorang kanak-kanak perempuan empat tahun yang menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya di Flet Paya Nahu, Sungai petani pada 24 Nov lalu masih menerima rawatan di wad biasa di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

“Keadaanya semakin baik dan setakat ini nenek kanak-kanak itu minta untuk menjaganya dan pihak kita tidak mahu mencampuri urusan berhvbung hak penjagaan kanak-kanak itu yang masih mempunyai waris,” katanya.

Pada 24 Nov lalu, perg4duhan seorang wanita berusia 26 tahun (ibu m4ngsa) dan teman lelakinya berusia 34 tahun membongkar penemvan m4yat seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dibalut kain sel1mut di dalam tong ikan di sebuah bilik di rumah flet terb4bit.

Turut didera ialah kakak m4ngsa berusia empat tahun yang kini masih menerima raw4tan di HSAH.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:MU Via BorakSantai

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!