Connect with us

#K.DUNIA

“bertemu lagi di lain hari” – berakhilah sudah tirai 7HM,pengarang baru saja beritahu di laman media sosial beliau

Published

on

“bertemu lagi di lain hari” – berakhilah sudah tirai 7HM,pengarang baru saja beritahu di laman media sosial beliau

Drama 7 Hari Mencintaiku 3 baru sahaja melabuhkan tirai semalam. Persoalan yang bermain untuk satu musim ini akhirnya terungkai dan keluarga Pak Samad kembali bahagia walaupun bekas komando itu meninggal dunia.

Sudah tiga musim ia bersiaran dan ketiga-tiganya mendapat sambutan hangat daripada penonton walaupun plot cerita hampir sama.

Tiada lagi kelanjutannya

Sebelum ini, ramai yang meluahkan pendapat bahawa drama 7HMK tidak perlu diperpanjangkan lagi kerana bimbang jalan cerita akan semakin celaru kerana tiga musim sahaja sudah membuatkan emosi penonton turun naik.

Seakan menyedari rungutan peminat drama tersebut, penulis 7HMK, Siti Rosmizah Semail memaklumkan yang tiada lagi lanjutan kisah keluarga Pak Samad selepas ini.

Ada rezeki berjumpa lagi

Hal tersebut dinyatakan sendiri oleh peguam terbabit menerusi media sosial dengan menzahirkan rasa terima kasih kepada keluarga 7HMK dan mengucapkan selamat tinggal untuk naskah terbabit buat selamanya.

“Ucapan terima kasih tak terhingga pada team drama TV3 yang telah memberikan kerjasama yg baik.

Apa jua kekurangan dari karya ini atas kelemahan Kak Siti kerana yang terbaik itu hanya dari Ilahi.
Insya-Allah ada rezeki kita berjumpa di karya Andai Itu Takdirnya.

Selamat tinggal keluarga 7 Hari buat selamanya..” tulisnya.

Terima ucapan tahniah dan terima kasih

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada beliau diatas karya yang cukup istimewa ini.

Jalan cerita serta lakonan yang cukup mantap daripada barisan pemain watak 7HMK ini benar-benar berbekas dalam hati penonton kerana setiap episod trending di media sosial.

Terima ucapan tahniah dan terima kasih

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet yang rata-rata mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada beliau diatas karya yang cukup istimewa ini.

Jalan cerita serta lakonan yang cukup mantap daripada barisan pemain watak 7HMK ini benar-benar berbekas dalam hati penonton kerana setiap episod trending di media sosial.Episod akhir untuk 7HMK3 semalam memperlihatkan Pak Samad telah meninggal dunia selepas anak menantunya kembali berdamai setelah melalui pelbagai ujian.

Watak-watak antagonis seperti Nurul Ain juga sudah menerima balasan apabila kejahatan yang dilakukan ‘kantoi’ sehingga dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Untuk makluman, 7HMK3 telah bersiaran di slot Akasia TV3 pada setiap hari jam 7 malam dengan membariskan pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Kazar Saisi, Syazwan Zulkefli, Wan Sharmilla dan ramai lagi.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:Ohmymedia Via KisahDunia

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!