#SELEBRITI
Elyana gembira sambut raya,baru saja diumumkan beliau sudah bebas ʙᴇʙᴀꜱ,terima kasih pada doa peminat yang tak terhingga

Elyana gembira sambut raya,baru saja diumumkan beliau sudah bebas ʙᴇʙᴀꜱ,terima kasih pada doa peminat yang tak terhingga
Sambutan Syawal kali ini lebih bermakna buat penyanyi dan pelakon, Elyana apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma yang ditanggung selama 11 tahun.
Menurut laporan BH Online, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu mengakui Hari Raya tahun ini memberikan sinar pada mereka sekeluarga..
“Tahun lalu, saya sedang menjalani rawatan ketika Syawal. Persiapan tahun ini juga agak istimewa disebabkan berat badan saya juga semakin bertambah.
“Baju raya semuanya kena beli dengan saiz lebih besar. Sebelum ini, saya pakai saiz ‘extra small’, sekarang sudah kena pakai baju ‘medium’. Alhamdulillah,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu.
Lebih menggembirakan apabila berat badan penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu kini meningkat kepada 60 kilogram (kg) berbanding 35 kg sebelum ini.
Sementara itu, Elyana berkata dia tidak pernah memperlahankan kerjaya seninya dan bersyukur masih menerima pelbagai tawaran terutama selepas memaklumkan dirinya kembali sihat.
“Sebenarnya, saya aktif sejak dahulu lagi. Namun, sebelum ini, ada orang risau nak panggil saya disebabkan memikirkan saya sakit.
“Sememangnya, saya ada tawaran lakonan, undangan nyanyian dan sebagainya. Sekarang orang sudah tahu saya kembali sihat dan mula berani memanggil saya.
“Alhamdulillah, banyak tawaran diterima. Namun, saya mahu menjayakan naskhah menyeronokkan jika membabitkan dunia lakonan. Saya belum bersedia bermain dengan emosi yang sedih.
“Insya-Allah, saya okay jika naskhah komedi. Saya juga sudah mula menerima undangan nyanyian untuk majlis hari raya kerana ramai tahu saya hanya beraya di ibu kota,” ujarnya.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Ohmymedia Via BHOnline
-
Motivasi1 year ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH11 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa1 year ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi1 year ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH10 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa1 year ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa1 year ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis