Connect with us

#K.DUNIA

Caprice dakwa isteri kena ꜱɪʜɪʀ,minta doa orang ramai supaya isteri kembali sembuh

Published

on

Caprice dakwa isteri kena ꜱɪʜɪʀ,minta doa orang ramai supaya isteri kembali sembuh

Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis Hussni diganggu oleh seorang individu bernama ‘Najib’.

Isteri terkena sih1r?

Terkini, pemilik nama Ariz Ramli memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya seolah-olah memberikan gambaran bahawa isterinya itu terkena sihir.

Menerusi hantaran itu, ia memaparkan isterinya yang mesra disapa Elis sedang tidur sambil ditemani dengan ayat ruqyah.

Dah dapatkan bantuan ustaz

Menurut penyanyi berusia 34 tahun itu, dia sudah mendapatkan bantuan ustaz bagi membantu mengubati ‘penyakit misteri’ menganggu isterinya itu.

Pada masa yang sama, dia tertanya-tanya punca ramai pihak mempunyai perasaan hasad dengki dengan dirinya sekeluarga.

“Sudah beberapa kali ustaz datang berubat dia. Selain itu, baru-baru ini, ada pula tiga orang lain yang berani menghubungi dan menganggu dia pada waktu tengah malam.

“Saya cuma nak tahu, kenapa ramai masih tak puas hati dengan isteri saya?”luahnya.

Ingatkan lepas kahwin, ujian akan kurang

Selain itu, Caprice berfikiran bahawa ujian yang dihadapinya sebelum ini akan berkurangan apabila sudah mendirikan rumah tangga, namun lain pula jadinya.

“Sebelum ini, saya fikir, selepas kahwin, tentu ujian akan lagi berkurangan. Sebenarnya, sejak tujuh bulan lalu, saya melalui banyak benda baru yang kita kena uruskan.”katanya.

Saya sangat penat

Terpaksa mengharungi dugaan bertubi-tubi, penyanyi itu mengakui dirinya penat untuk berdepan dengan perbuatan syirik tersebut. Ini kerana dia perlu menguruskan perniagaan yang diusahakan olehnya.

“Terus-terang, saya sudah sangat penat. Nak hadam bisnes dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

“Selepas itu, sambung dengan benda bukan-bukan sampai pukul 3 hingga 4 pagi. Saya perlukan bantuan.”ujarnya.

Semoga terus kuat dan jangan pvtus asa

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan pengikut di laman Instagram miliknya dan rata-ratanya mendoakan agar Caprice terus kuat dan tidak berputus asa bagi mengubati gangguan tersebut.

Tidak kurang juga, mencadangkan kepada penyanyi itu untuk cuba berikhtiar dengan rawatan alternatif yang lain.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:Ohmymedia Via IG CapriceDaddyCap

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!