#K.DUNIA
Kecewa dengan pemilik taska kerana berikan gai yang sikit,sedangkan dia guna barang ‘branded+Honda’

Kecewa dengan pemilik taska kerana berikan gai yang sikit,sedangkan dia guna barang ‘branded+Honda’
BEKERJA hampir 12 jam namun gaji yang diterima langsung tidak setimpal. Demikian luahan yang dilontarkan seorang pengguna media sosial mengenai nasibnya dan kebanyakan individu yang bekerja sebagai pembantu taska.
Menurut hantaran yang dikongsikan, individu tersebut mendakwa pembantu taska sudah lama dibelenggu isu gaji yang disifatkan sangat rendah dan tidak mengikut garis panduan pelarasan gaji minimum.
“Kenapa pembantu taska tak boleh terima gaji minimum macam orang lain? Sebelum ini gaji minimum RM1,200, pembantu taska dapat RM1,000 sahaja,
“Ada tempat yang terima kurang daripada itu. Mulai bulan ini gaji minimum naik RM1,500 (namun) kami hanya dapat naik RM1,200,” luahnya.
Luahan seorang individu mengenai nasib pembantu taska.
Lebih membuatkannya terkilan, hal yang berbeza pula dilalui oleh pemilik taska yang didakwanya menjalani kehidupan mewah hasil yuran yang dikenakan terhadap kanak-kanak.
“Owner taska ambil bayaran seorang budak RM300 hingga RM1,000. Kalau dikira jumlah sebulan boleh cecah RM10,000 hingga RM25,000.
“Owner pakai kereta Honda dua hingga tiga buah, pakai barang branded sana sini. Tapi gaji bangla (Banglades) buruh lagi tinggi daripada kami staf taska.
“Sudahlah gaji sesetengah taska ada yang bayar guna personal account sahaja walaupun taska besar megah. Kerajaan memang tak boleh buat apa-apa ke?,” luahnya lagi.
Tambahnya lagi, bebanan kerja yang kadang kala menjangkau sehingga 12 jam sehari tanpa bayaran kerja lebih masa atau overtime berserta isu gaji yang tidak mendapat pembelaan sedikit sebanyak membuatkan golongan sepertinya tertekan.
Menurut individu tersebut, pembantu taska bekerja hampir 12 jam sehari dengan gaji yang kurang daripada RM1,200. Gambar hiasan
“Kerja kami lagi stres sebab menguruskan budak-budak. Guna tenaga dan mental.
“Yang mula-mula kerja memang semua suka budak-budak, tapi lama-lama stres gaji sangat tak setimpal dengan apa yang kami hadap setiap hari,” tulisnya lagi.
Luahan yang disuarakan individu tersebut meraih perhatian dan mengundang perdebatan dalam kalangan netizen.
Rata-ratanya turut melahirkan simpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan.
“Kalau report dekat Jabatan Buruh mesti sangkut punya. Tak ada perikemanusiaan ke? Pakai gelang besar-besar hak pekerja dinafikan.
“Jumpa pemilik taska. Luahkan perasaan ketidakpuasan hati kamu. Jika tak dapat perhatian, bagi notis berhenti. Lepas tu offer dekat ibu bapa siapa nak hantar anak, boleh hantar ke rumah kamu.
“Pernah kerja taska, memang gaji murah gila RM500 je. Seawal pukul 6.30 pagi kena ada di taska, balik pukul 6.00 petang. Jaga baby berapa orang, memang letih. Sebulan je kerja kemudian berhenti,” demikian antara komen netizen.
Dalam pada itu, ada antara netizen mencadangkan pembantu taska yang berdepan dengan isu sedemikian untuk mencari pekerjaan lain agar tidak tertekan seterusnya menjadikan kanak-kanak sebagai tempat melepaskan marah.
Untuk rekod pelaksanaan gaji minimum RM1,500 mula dilaksanakan di negara ini pada 1 Mei lalu.
Antara komen netizen terhadap perkongsian individu tersebut.
Berdasarkan warta kerajaan berhubung hal itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022.
Kadar gaji minimum yang kena dibayar kepada seseorang pekerja adalah sebanyak RM1,500 atau berdasarkan bilangan hari bekerja dalam seminggu.
Jika enam hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari (lima hari bekerja) dan RM86.54 sehari (empat hari bekerja) dengan setiap jam bersamaan RM7.21.
Berhubung seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH12 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis