Connect with us

#K.DUNIA

ibu baru saja ‘pergi’ tinggalkan murid darjah 1,bila dilawat,keadaan rumah sangat runtunkan hati setiap orang

Published

on

ibu baru saja ‘pergi’ tinggalkan murid darjah 1,bila dilawat,keadaan rumah sangat runtunkan hati setiap orang

Siapa tidak sedih melihat kanak-kanak yang masih bersekolah kehilangan ibu tersayang. Namun, dugaan tersebut tetap harus dilaluinya kerana takdir sudah tertulis begitu.

Hal tersebut samalah seperti perkongsian seorang guru di akaun TikTok menggunakan nama @reezmell apabila memuat naik video menziarahi anak muridnya yang bernama Aqila.

Ibu m3ningal kerana kanser l1dah

Menerusi video tersebut, dia memaklumkan yang Aqila baru sahaja kehilangan ibunya yang ‘pergi’ kerana k4nser lidah.

Difahamkan, pelajar berkenaan tinggal bersama ibunya di sebuah rumah flat sehingga allahyarham m3ninggal dvnia.

Kawasan rumah penuh sampah s4rap

Apa yang membuatkan para guru yang hadir ke rumahnya sebak adalah kondisi tempat berkenaan yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Dapat dilihat sampah berselerakan sehingga lantai bangunan tersebut basah kesan air sampah yang dibuang. Kondisi di dalam rumah juga agak daif memandangkan pelajar tersebut dalam golongan kurang berkemampuan.

Walau bagaimanapun, usaha untuk bertemu dengan Aqila tidak kesampaian kerana dia kini tinggal bersama ibu saudaranya buat sementara waktu.

Di akhir video tersebut, @reezmell telah mengagumi kanak-kanak berkenaan kerana tetap bersemangat untuk ke sekolah walaupun diuji dengan kehidupan yang kurang sempurna serta kesihatan ibunya sebelum ini.

Belajar rajin2 dik, ubah nasib keluarga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui berasa sayu mendengar perkhabaran serta dugaan yang menimpa pelajar yang baru berusia 7 tahun itu.

Dalam usia yang masih terlalu muda, dia perlu melalui situasi yang cukup sukar lebih-lebih lagi kehilangan ibu tersayang. Justeru itu, rata-rata daripada warganet mendoakan agar Aqila terus kuat dan tabah melalui kehidupan ini serta berharap supaya dia membesar menjadi anak yang berjaya kelak.

Penerima zakat & tinggal di flat terbiar

Menambah info berkaitan pelajar tahun satu itu, @reezmell memaklumkan yang kanak-kanak tersebut tinggal bersama ibunya di rumah flat yang sudah ditinggalkan kerana tidak perlu membayar sebarang sewa.

Aqila juga mempunyai 5 orang adik beradik serta pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) sekolah telahpun membuat kutipan sumbangan untuknya. Mereka juga adalah penerima zakat dan menerima RM500 setiap bulan.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275

Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.

Sumber:OMM Via SD

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.

error: Content is protected !!