#SELEBRITI
[Video]katanya isteri kena ꜱɪʜɪʀ,tapi boleh ʙᴇʀɢᴇʟᴇᴋ ᴊᴏɢᴇᴛ lagi? ini kata tuan badannya..

[Video]katanya isteri kena ꜱɪʜɪʀ,tapi boleh ʙᴇʀɢᴇʟᴇᴋ ᴊᴏɢᴇᴛ lagi? ini kata tuan badannya..
DISEBABKAN berjoget sakan di TikTok, pendedahan penyanyi rap Caprice bahawa isterinya, Farra Innalis terkena sihir dipersoalkan netizen.
Tampil menjelaskan perkara itu, Farra berkata, dia enggan menunjukkan keadaan dirinya yang lesu dan tidak selera makan kepada pengikut kerana ia bukan sesuatu yang positif untuk dikongsi kepada umum.
“Pertama sekali, sejak akhir-akhir ni saya banyak terima DM daripada korang dan saya baca semua. Ada yang mendoakan, ada juga menceritakan tentang sihir.
“Tapi ada juga netizen yang mula judge saya sebab ‘oh sebab kau tak pakai tudung la kau kena kacau dengan makhluk halus’.
“Ada juga beritahu dekat IG suami kena sihir, tapi dekat TikTok berjoget-joget pula. Eh abang kakak, what do you expect? Awak nak saya tunjuk muka tengah lesu?
“Nak saya bercerita yang saya tak lalu makan apa? Saya tak suka bagi benda negatif pada pengikut saya. Jadi kalau tak ada benda positif, saya diam,” kata Farra.
Pada Selasa lalu, Caprice atau Ariz Ramli mendedahkan isterinya berdepan sihir sehingga jatuh sakit dipercayai akibat perbuatan khianat dan rasa tidak puas hati individu tertentu.
Menerusi perkongsian itu, Caprice berkata mereka sudah mencuba pelbagai kaedah rawatan termasuk secara alternatif namun Farra masih belum menunjukkan tanda positif.
Dalam pada itu, Farra mengakui dia pada awalnya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya berkongsi mengenai dirinya mengalami gangguan sihir kepada umum.
“Kalau nak tahu, secara peribadi saya dan suami sangat berbeza. Sebab apa, saya lebih suka simpan sendiri kalau Ariz pula suka bercerita dengan netizen.
Caprice bersama isteri dan anaknya.
“Dia suka ambil input daripada netizen-netizen macam kongsi pengalaman… dia suka ambil tahu benda itu. Sebenarnya kami ada berbalahan juga mengenai sihir ini.
“Saya tak nak orang tahu… tak perlu la beritahu semua orang sebab orang tak suka kita itu akan tepuk tangan bila tahu benda itu. Tapi Ariz cakap biarlah, kita ada Allah, kita percaya dengan Allah,” ujarnya.
Untuk rekod, Ariz mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal anak satu iaitu Farra pada November tahun lalu.
Farra mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea hasil daripada perkahwinan terdahulu.
View this post on Instagram
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
Group Facebook Baharu : https://www.facebook.com/groups/535558540835275
Sertai kumpulan untuk mendapatkan info2 terkini dari KAMI.Terima kasih.
Sumber:Mstar
-
Motivasi2 years ago
Anak Ar wah Gembira Bertemu Ibu Dalam Mimpi,Shuib Aku1 Cembu ru Kerana Dia Selalu Doa Untuk Terjadinya Perkara Ajaib itu
-
#K.SEDIH12 months ago
Pelakon Mak jah terpaksa gadai semua barang kemas,keadaan selepas ʜɪᴅᴀᴘ ᴋᴀɴꜱᴇʀ tahap 4
-
isu semasa2 years ago
‘Update’ Status Tanda Beliau Tak Yak1n Dengan Hal Itu,Angah Telah Dijemput Allah Baru2 Ini
-
Motivasi2 years ago
(Video)Shuib Kongsi Kali Terakh1r Ar wah Menyanyi,Nyanyian Ar wah Seolah-olah Ditujukan Buat Suami Tercinta
-
Agama2 years ago
Selang Sejam Sebelum Dijemput Illahi,Beliau Sempat Solat Untuk Kali Terakhirnya
-
#K.SEDIH12 months ago
Sekolah Pondok ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ,Banyak Al-quran ᴛᴇʀʙᴀᴋᴀʀ Dan Sejumlah 26 Pelajar Pondok Dan 2 Guru ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ di tempat kejadian
-
isu semasa2 years ago
Dato’ Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai satu ‘sum pahan’,Ismail Sabri Akan S@h Menjadi Perdana Menteri Ke-9
-
isu semasa2 years ago
“Kami telah buat pemer1ksaan rumah Ustaz Ebit Lew”,Demik1an Kata2 Pasvkan Angg0ta P0lis